Connect with us

Oh! Media

“Saya Dan Suami Maafkan” – Tak Saman, Heliza Helmi Faham ‘Keadaan’ Fathia Latiff

heliza dan suami

Oh! Artis

“Saya Dan Suami Maafkan” – Tak Saman, Heliza Helmi Faham ‘Keadaan’ Fathia Latiff

Sebelum ini, suami kepada selebriti Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman tiba-tiba dipetik didakwa gagal menyiapkan rumah yang dibeli Fathia Latiff sejak lima tahun lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Saya Tak Pernah Kenal Dia” – Nama Kena Petik, Suami Heliza Helmi Kata Fathia Latiff Merepek

Tetapi, Mahadi menafikan tuduhan itu dan menjelaskan dia langsung tak kenal Fathia. Malah, tak pernah ada sebarang urusan dengan selebriti itu.

Heliza tak saman, maafkan Fathia Latiff

fathia fitnah

Terbaru, Heliza Helmi menjelaskan pihaknya tak terkesan dengan tuduhan Fathia dan memahami kondisi kesihatan yang dilalui aktres tersebut.

Masa mereka buat live tu, saya betul-betul tak tahu apa-apa. Tapi bila ada orang forwardkan, jujurnya saya faham.

Saya taklah mengenali Fathia secara rapat tapi bila dia keluarkan kenyataan macam tu, saya rasa satu Malaysia sudah faham keadaan dia.

Disebabkan itu, Heliza tak mengeluarkan sebarang respon balas dan menganggap Fathia kini sedang diuji.

heliza

“Apa yang diperlukan adalah doa dari seluruh mukmin,” katanya.

Dia dan suami tak bercadang untuk mengambil tindakan saman dan memaafkan pelakon itu. Dia bagaimanapun menegaskan suami bukanlah ‘scammer’ seperti yang dikatakan.

Tapi, kalau tuduhan masih berlarutan, pihaknya akan fikirkan solusi seterusnya.

Kredit: xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas