Connect with us

Oh! Media

“Saya Bukan CEO Syarikat” – Nama Kena Petik, Boy Iman Nafi ‘Scam’ Peniaga Di WTC

boy iman nafi scam peniaga wtc

Oh! Artis

“Saya Bukan CEO Syarikat” – Nama Kena Petik, Boy Iman Nafi ‘Scam’ Peniaga Di WTC

Kecoh di media sosial peniaga naik angin mendakwa Boy Iman menjadi dalang di sebalik penganjuran karnival Aidilfitri yang sepatutnya berlangsung di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur pada 19 April hingga 21 April 2023.

ADVERTISEMENT

Nama Boy Iman kena petik ‘scam’ peniaga karnival raya

Peniaga meluahkan rasa tak puas hati kerana mereka telah mengeluarkan modal yang besar untuk karnival jualan itu sehingga mencecah ribuan ringgit tapi akhirnya ditunda ke tarikh lain.

@semboyankualalumpur Sedikit live siang tadi berkenaan tipu vendor/peniaga di pwtc yg sepatutnya berlangsung pada 19-21hb. Pada awalnya pihak management tidak memberitahu Boy Iman ada lah salah seorang penganjur tersebut. Memang buat hal! Kesian kepada peniaga yang dtg dari jauh & mananggung kerugian yg besar. #pwtckualalumpur #fyp #fypシ #foryoupage #semboyankualalumpur #semboyanmalaysia #boyiman ♬ original sound – Team Semboyan Malaysia

Namun, Boy Iman menafikan dakwaan itu. Katanya, dia bukanlah pemilik syarikat sebaliknya hanya makan gaji.

Peniaga tuntut refund kerugian

Untuk mengelakkan fitnah, Boy Iman menerusi satu hantaran di Instagram berkata, dia tak bertanggungjawab terhadap akaun, perjalanan, SOP dan keputusan yang dibuat syarikat selagi mana syarikat itu masih mempunyai pemilik serta lembaga pengarah.

Saya hanyalah PEKERJA yang makan gaji tertakluk pada SURAT TAWARAN kerja dan SURAT PERLANTIKAN yang dikeluarkan kepada saya mengikut SKOP KERJA yang termaktub disitu DITANDATANGANI oleh SAYA dan CEO syarikat.

Andai saya bercakap lebih-lebih nanti saya boleh dikenakan tindakan oleh pihak syarikat kerana saya masih bekerja dalam syarikat. Sepertimana yang anda tahu dan nampak dah tular CEO syarikat saya yang bercakap bagi pihak syarikat. Malahan jenama acara ini juga telah di daftarkan diatas nama peribadi beliau.

Bekas pelakon ini juga memohon orang ramai periksa di Google dan merujuk lesen SSM untuk mendapat tahu siapa pemilik syarikat sebenar.

Dia juga menasihati orang ramai supaya tak mudah percaya dan sebar fitnah kerana dia akan mengambil tindakan undang-undang.

boy iman
boy iman nafi scammer

Di hantaran seterusnya, Boy Iman menyertakan bukti bahawa dia hanyalah pekerja di syarikat yang sedang hangat diperkatakan kini.

BACA: Gelaran Datuk Pahang Farid Kamil, Boy Iman Dibatalkan

Kredit: Instagram Boy Iman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas