Connect with us

Oh! Media

“Saya Buat Semua Sendiri” – Bella Astillah Nak Jual Kuih-Muih Sepanjang Ramadan Tahun Ini

bella astillah aliff aziz ohmedia

Oh! Artis

“Saya Buat Semua Sendiri” – Bella Astillah Nak Jual Kuih-Muih Sepanjang Ramadan Tahun Ini

Isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah akan berniaga kuih muih sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Wah! Kuat betul Bella ni..

BACA: Rupanya Puteri Sarah Tahu Cerita Sebenar Dari Awal Sampai Akhir, Minta Doakan Bella Astillah

Menurut HibGlam, Bella berkata yang dia akan jual kuih batang buruk dan red velvet yang merupakan resipi turun-temurun keluarganya. Confirm sedap!

IKLAN

Saya memang suka buat kuih raya sejak kecil, jadi tahun ini saya jual kuih raya. Saya buat semua sendiri tapi mungkin bukan dalam kuantiti yang banyak.

Antara yang saya buat ialah biskut red velvet dan batang buruk resipi sendiri yang sangat popular di Sabah dan berbeza daripada batang buruk di Semenanjung

Bella berkata yang kerjayanya sebagai anak seni masih rancak tapi dia perlu adakan masa dengan anak dan juga persiapan raya.

Kerja memang ada tapi saya kena juga luangkan masa dengan anak. Persiapan raya lagi dan paling takut kalau dilakukan pada saat akhir. Kelam kabut, boleh pening dan demam dibuatnya

Semoga dipermudahkan segala urusan buat Bella dan diharapkan sentiasa kuat dengan ujian yang mendatang.

Kredit: HibGlam

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas