Connect with us

Oh! Media

“Saya Buat Seikhlas Hati” – Zara Zya Sedih Dituduh Songlap Duit Bantuan

Oh! Artis

“Saya Buat Seikhlas Hati” – Zara Zya Sedih Dituduh Songlap Duit Bantuan

Luluh hati seorang pelakon tanah air, Zara Zya apabila terdapat segelintir netizen yang telah telah menuduh dirinya menyalahgunakan duit bantuan yang dikumpul selain turut dianggap mengambil kesempatan dalam kesempitan masyarakat.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini, pelakon itu telah menubuhkan sebuah laman web iaitu www.malaysiaprihatin.com dengan bermodalkan wang simpanan sendiri bagi memudahkan mana-mana pihak yang berminat ingin menghulurkan bantuan, namun niat murninya itu dipersoal segelintir masyarakat yang menyifatkan dia ingin mengambil kesempatan.

Luahan itu dikongsikan melalui laman Instagramnya malam tadi yang berdurasi hampir satu jam memperlihatkan Zara yang sedih dan menangis mengenangkan segelintir netizen yang menuduhnya secara melulu.

Menurut hantaran yang dikongsikan itu, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin berkata bahawa dia tidak tahu mengapa dirinya dituduh memakan duit haram sedangkan niatnya hanya ingin melakukan kebaikan melalui kerja-kerja kebajikan selain turut dituduh gemar menunjuk-nunjuk dalam setiap perkongsian berhubung kerja-kerja kebajikannya.

Saya sangat sedih dan kecewa. saya ikhlas menolong orang dan saya memang suka tolong orang. Saya suka berkongsikan rezeki dengan orang dari zaman sekolah lagi.

Sampai sekarang saya guna nama Zara Zya untuk ajak orang ramai sama-sama buat kebaikan dan kebajikan. Duit saya sendiri tak cukup untuk semua orang.

Bila saya buka laman web Malaysiaprihatin, orang tuduh saya macam-macam. Makan duit haramlah, ambil hak orang lah.

Zara turut mengatakan bahawa setiap sumbangan akan dibekalkan resit dan menegaskan sumbangan yang diterima bukanlah untuk dirinya, sebaliknya untuk orang lain yang lebih memerlukan.

Bukan senang dan buat laman web tersebut dan bukan senang juga dan kumpulkan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang saya ada hingga kini.

Walaubagaimanapun, Zara Zya turut meminta orang ramai untuk terus menyokong dan mendoakannya selain turut menyifatkan dugaan yang diterimanya itu merupakan ujian untuk terus melakukan kebaikan kepada orang ramai,

Kredit : Zarazya, Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas