Connect with us

Oh! Media

“Saya Berharap Dikurniakan Baby Girl” – Misha Tidak Berputus Asa Mendapatkan Zuriat

Misha Omar

Oh! Artis

“Saya Berharap Dikurniakan Baby Girl” – Misha Tidak Berputus Asa Mendapatkan Zuriat

Baru-baru ini penyanyi terkenal, Misha Omar menyatakan bahawa dia telah memulakan rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Misha berkata, sebelum meneruskan dengan rawatan yang sesuai, dia sudah menjalankan ujian hormon Anti-Mullerian (AMH) untuk mengetahui tahap kesuburannya.

“Saya berharap dan berdoa mudah-mudahan cahaya mata yang akan Allah anugerahkan, baby girl. Kenapa Khadeja? Hashtag itu saya wujudkan sebagai satu semangat buat diri saya jalani proses untuk kehamilan.” ujarnya dia Instagram miliknya. 

Namun, dia juga berkata bahawa dia akan menerima dengan hati yang terbuka seandainya dikurniakan zurita lelaki. 

IKLAN

Sebelum ini, bagi menaikkan semangat untuk mendapatkan bayi perempuan, Misha pernah membuat hashtag #MenjejakKhadeja yang diciptanya sendiri. 

Pada 2 Mei 2014, Misha berkahwin bersama pasangan pilihan, Firros Ezzwan Rosly dan telah dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia lima tahun bernama Muhammad Idris Ezzwa. Tidak dilupakan, Misha juga mempunyai seorang anak angkat lelaki berumur 15 tahun, bernama Muhammad Adam Emir.

Kredit : Utusan

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas