Connect with us

Oh! Media

“Saya Ambil Tindakan Bijak” – Hidayah Tuntut Hutang Saman, Ali Puteh Malas Layan

Ali Puteh 2

Oh! Artis

“Saya Ambil Tindakan Bijak” – Hidayah Tuntut Hutang Saman, Ali Puteh Malas Layan

Balu kepada Allahyarham Abam Bocey baru-baru ini mendedahkan adik iparnya, Ali Puteh masih belum melangsaikan hutang saman berjumlah lebih RM70,000.

Dalam hantaran itu, Hidayah mengingatkan Ali supaya membayar jumlah tertunggak itu memandangkan kini dia sudah berjaya dapat bisnes.

BACA: Ali Puteh Rupanya Masih Belum Bayar Saman, Hidayah Buka Mulut

IKLAN

Ketika ditanya mengenai hal itu, Ali Puteh menerusi sesi live di TikTok menjawab mahu menjadi matang dengan tak memberi kenyataan.

Ali Puteh Sambal

Ali juga enggan memanjangkan isu dan tak menjawab panggilan wartawan. Buat masa ini dia fokus kepada perniagaan sambal petai terangkat dan sambal jering berlado yang sedang diusahakan.

Bila dapat tahu mengenai kenyataan Hidayah media banyak hubungi saya. Cuma saya tak nak layan. Kalau layan jadi masalah. Saya ambil tindakan bijak masak sambal macam biasa fokus dengan bisnes.

Biasalah, saya tengah seronok berniaga. Mana boleh orang tengok kita senang. Bila berniaga ini, tidak ada orang lain nak menjatuhkan selain orang kita.

Ali Puteh dipercayai enggan mencetuskan masalah lain sekiranya membalas kenyataan Hidayah. Bagi dia, perniagaan sekarang lebih penting.

Kredit: Beautifulnara | OhBulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas