Connect with us

Oh! Media

“Saya Ada Perasaan Dan Sabar Juga Ada Hadnya” – Fathia Latiff Tak Terkesan Buka Tudung

Fathia latiff buka tudung ohmedia

Oh! Artis

“Saya Ada Perasaan Dan Sabar Juga Ada Hadnya” – Fathia Latiff Tak Terkesan Buka Tudung

Dunia hiburan ni memang dah biasa sangat dengan cerita selebriti buka tudung ni. Ramai yang kata bila mereka berhijab ni, tawaran akan berkurang dan menjadi sebab mengapa mereka memilih untuk kembali buka tudung. Tapi macam mana pula dengan Fathia Latiff?

Memetik laporan Berita Harian, Fathia mengakui tidak terkesan dengan kecaman yang diberikan netizen kerana dia sudah menemui dirinya.

Fathia Latiff tak peduli apa orang nak kata lagi…

Saya sudah menemui diri, itu sahaja yang boleh saya jawab. Saya juga tak peduli apa orang nak kata.

Difahamkan, Fathia mula mengenakan hijab sekitar 2016 dan kemudiannya, membuka tudung sekitar 2019. Bukan itu sahaja, ketika ditanya berkenaan isu perbalahan dirinya bersama netizen yang tular di media sosial, katanya, dia tidak mahu berdiam diri apabila dikecam dan diserang oleh pengguna media sosial.

IKLAN

Bila orang maki, takkan saya nak diam? Saya ada perasaan dan sabar saya juga ada hadnya. Saya bagi contoh, kalau orang cucuk pisau, takkan kita nak biar sahaja?

Orang sudah cucuk, maki dan ludah takkan nak diam lagi? Jadi, makilah balik. Kenapa saya nak duduk diam apabila netizen berlawan dengan saya?

Saya perlu pertahankan hak saya. Saya rasa patut ada undang-undang dan mereka yang bercakap sesuka hati itu patut disaman.

Kita doa sahaja yang terbaik buat Fathia agar Allah membuka pintu hati kita semua untuk kembali kepadaNya. Amin.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas