Connect with us

Oh! Media

Sarimah Ibrahim Dedah Pernah Jadi Mangsa Gangguan Seksual Kru Produksi

Untitled Design   1

Oh! Artis

Sarimah Ibrahim Dedah Pernah Jadi Mangsa Gangguan Seksual Kru Produksi

Pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim akui dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual oleh kru produksi sebelum ini. Biar betul?

Menurut laporan mstar, Sarimah mendedahkan yang perkara tersebut berlaku ketika dirinya menjadi pengacara untuk sebuah rancangan dan individu terbabit telah memegang bahagian dadanya.

Bukan tu jer, tubuh badannya turut diraba oleh lelaki juga merupakan suami orang yang kononnya ingin membaiki mikrofon sebelum menghampirinya.

IKLAN

Individu berkenaan datang menghampiri wajah saya dengan alasan untuk membaiki mikrofon sebaliknya memegang dada saya. Dia pegang-pegang, dia raba.

Individu tersebut turut memujinya cantik dan berkata mereka akan kelihatan hebat iika bersama namun malangnya dia telah pun berkahwin.

Tidak berhenti di situ, individu yang sama turut mengajakya bercuti bersama dan apabila Sarimah menolak dia mengugut tidak menyambung kontrak untuk musim seterusnya.

Saya kata tak apa, saya akan bayar percutian sendiri.

Sarimah turut mendedahkan seorang pengarah pernah menyuruhnya memakai pakaian seksi dan telah pu menyediakan beberapa persalinan mencolok mata untuk diperagakan.

Tambahnya, kejadian sebegitu kerap berlaku terhadapnya namun Sarimah akui rela tiada pelung kerja asalkan maruahnya tidak tergadai.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas