Connect with us

Oh! Media

“Sapu Minyak Di Leher” – Miss Universe Kongsi Detik Cemas Diganggu Lelaki Berjubah

20230118 113833 0000

Oh! Artis

“Sapu Minyak Di Leher” – Miss Universe Kongsi Detik Cemas Diganggu Lelaki Berjubah

Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James telah berkongsi detik cemas dirinya diganggu oleh seorang lelaki berjubah dan berkopiah di sebuah hotel.

BACA: Pemenang Miss Universe Malaysia 2022 Buat Peminat Bengang Dengan Video Tular

Francisca menceritakan detik cemas tersebut melalui Instagram Stories yang dimuat naik olehnya semalam.

IKLAN

Orang yang sama

Img 20230118 113610 372 1

Menurutnya, lelaki yang berjubah tersebut merupakan orang yang sama menganggunya hampir setahun yang lalu ketika musim Kuala Lumpur Fashion Week.

Ketika kejadian, Francisca memaklumkan dirinya berada di ruang lobi hotel dan menunggu pesanan Grab sebelum menyedari kehadiran lelaki terbabit.

Saya ternampak dia lagi. Orang yang sama, pakaian yang sama , cuma kain warna yang berbeza di bahunya. Perkara yang paling teruk ialah saya seperti melihat dia meletakkan sesuatu di lehernya.

Seperti minyak atau sesuatu, saya sangat takut dan terus pergi ke Starbuck dan menelefon rakan saya mengenali pengarah keselamatan dalam hotel.

Miss Universe itu berkata lelaki berjubah tersebut mengekorinya hingga ke dalam kafe sebelum sempat melarikan diri kerana hampir ditahan oleh pengawal keselamatan.

Francisca turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dengan keadaan persekitaran supaya kejadian sepertinya tidak berulang.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas