Connect with us

Oh! Media

“Sangat Buruk, Macam Tempayan” – Nyawa Raja Ilya Hampir Melayang Gara-Gara Suntikan ‘Filler’ Di Punggung

Oh! Artis

“Sangat Buruk, Macam Tempayan” – Nyawa Raja Ilya Hampir Melayang Gara-Gara Suntikan ‘Filler’ Di Punggung

Gara-gara mahu mendapatkan aset yang ‘padu’, pelakon yang kini menetap di Australia mendedahkan dia pernah mendapatkan rawatan suntikan ‘filler’ di punggung.

ADVERTISEMENT

BACA: Raja Ilya Terpaksa Tolak Tawaran Berlakon Siri Netflix Kerana Perlu Berbogel

Lapor Berita Harian, dia membuat rawatan itu sekitar tahun 2008 dan 2009. Ketika itu dia sangat naif dan kurang ilmu sehingga menjadi mangsa doktor estetik palsu.

Ia berlaku apabila saya menghadiri uji bakat filem Tamil di India. Ketika bersembang, penerbit filem mengatakan saya perlu ada beberapa kriteria, terutama bentuk badan.

Kata Raja Ilya, dia kemudian diperkenalkan kepada seorang doktor oleh rakan jurusolek. Dia mengumpul RM8,000 semata-mata untuk suntikan ‘filler’ itu.

Apabila diberikan suntikan ‘filler’, saya mula pening, kemudian dicucuk dengan beratus suntikan.

Disebabkan terlalu pening, saya tak ingat apa-apa. Saya disuruh balik, kemudian datang beberapa hari untuk menyempurnakan proses rawatan.

Selepas beberapa minggu, baru dia sedar telah melakukan silap besar. Ujar pelakon ini lagi, dia kelihatan sangat buruk seperti tempayan.

Ketika itu juga dia menyedari doktor itu menggunakan sijil palsu untuk menipu orang apabila seorang wanita dikatakan meninggal dunia selepas menerima rawatan.

Kesan sampingan mula diketahui pelakon ini ketika dimasukkan ke hospital pada 2015. Waktu itu dia mahu mendapatkan vaksin selepas digigit kucing.

Selepas tiga hari divaksin, dia mula jatuh sakit dan timbul ketulan di seluruh badan. Dia tidak boleh berjalan dan bernafas.

Dia dimasukkan ke wad pengasingan bakteria berbahaya selama berminggu-minggu. Selepas ujian ke atas ketulan itu dibuat, baru tahu ia adalah minyak silikon yang juga bahan terlarang.

Kebanyakan minyak silikon sudah melekat dengan otot, organ dan tulang belakang. Jika mahu membuangnya saya berdepan risiko lumpuh sebab ia berada sekeliling saraf tunjang.

Jadi, doktor melakukan prosedur yang mana tidak semuanya boleh dikeluarkan. Semua ketulan kelihatan sama dapat dikeluarkan, manakala, ketulan dekat organ, tidak boleh.

Raja Ilya terpanggil untuk menceritakan kisah selepas ada kes kematian melibatkan seorang lelaki yang menerima suntikan membesarkan otot punggung.

Pelakon ini berharap kerajaan Malaysia mengambil langkah serius menangani kes seperti ini.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas