Connect with us

Oh! Media

Sambut Hari Kelahiran Pertama, Anak Fazura Terima Hadiah Daripada Tengku Permaisuri Selangor

Oh! Artis

Sambut Hari Kelahiran Pertama, Anak Fazura Terima Hadiah Daripada Tengku Permaisuri Selangor

Baru-baru ini, pelakon tanah air, Fazura bersama suaminya, Fattah Amin telah menyambut hari kelahiran pertama anak sulungnya pada 2 Oktober lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Isu ‘Scammer’ Tudung Fazura, Pemilik Gambar Tampil Beri Penjelasan

Menerusi hantarannya di laman Instagram, sambutan hari lahir juga turut diadakan secara kecil-kecilan dan pelbagai hadiah diterima dari rakan serta saudara terdekat.

Fazura juga turut berharap agar anaknya itu, Nur Fatima Aisya, mampu menjadi anak yang soleh serta membanggakan kedua ibu bapanya suatu hari nanti.

Anak terima hadiah istimewa daripada Permaisuri Selangor

Disebalik sambutan hari lahir itu, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin turut berkongsikan koleksi hadiah yang diterima oleh anaknya menerusi Insta story.

Namun, perkara yang menjadi perhatian orang ramai apabila anaknya telah menerima hadiah istimewa daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman hari ini.

Menerusi perkongsiannya itu, dilihat menerima sebuah beg kertas berwarna merah yang tertera nama Permaisuri Selangor.

Apbila terbuka, alangkah bertuah nya mereka selepas menerima seutas rantai beserta loket berlian yang direka khas dengan abjad F bersempena nama anaknya itu.

Terima surat ucapan penuh bermakna

Selain dari rantai berlian, Fatima turut menerima sekeping kad yang tertulis ucapan istimewa daripada Tengku Permaisuri Norashikin.

Kepada Fatima, awak layak menerima semua cinta dan kebahagiaan di dunia. Selamat hari jadi.

Dalam masa yang sama, pelakon berusia 38 tahun itu turut menzahirkan rasa teruja serta terharu dengan pemberian hadiah yang diberikan oleh Permaisuri Selangor kepada puterinya.

Masya-Allah, sukanya. Rantai rekaan khas untuk Fatima. Junjung kasih kepada Permaisuri yang penyayang dan pemurah.

Selain itu, dia juga turut menitipkan doa buat Permaisuri Selangor agar sentiasa sihat serta dilimpahi rezeki yang meluas dan kegembiraan.

Kami sayangkan Tuanku. Semoga Tuanku sentiasa diberkati dan dilimpahi dengan kegembiraan, rezeki dan kasih sayang setiap hari, amin.

Namun, ia bukanlah pertama kali pelakon itu menerima hadiah daripada Permaisuri Selangor kerana sebelum ini dia juga pernah diberikan kepingan syiling emas dan beberapa naskhah buku agama

Bagaimanapun, Fazura juga tidak mendedahkan sebab dirinya menerima hadiah tersebut.

Kredit: Instagram Fazura I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

To Top