Connect with us

Oh! Media

Saiful Apek Dedah Masih Tunggu Cerita Sebenar Dari Yassin Yang Masih Ditahan Di Arab Saudi

Saiful Apek Yassin

Oh! Artis

Saiful Apek Dedah Masih Tunggu Cerita Sebenar Dari Yassin Yang Masih Ditahan Di Arab Saudi

Pelawak terkenal, Saiful Apek mengakui rasa hampa apabila rakan seperjuangannya dalam kumpulan Senario, Yassin masih belum dapat pulang ke tanah air walaupun sebelum ini dijangka pulang sebelum Aidilfitri.

Menurut laporan mStar, Apek berkata yang terdapat beberapa prosedur rasmi yang perlu dilalui Yassin terlebih dahulu sebelum dibenarkan keluar dari Arab Saudi.

IKLAN

Saya pernah beritahu sebelum ini dia balik sebelum Aidilfitri tetapi ini melibatkan antara kerajaan. Ada beberapa masalah seperti visa dan dia juga perlu melalui satu lagi proses pemindahan.

Saiful Apek masih tunggu cerita sebenar dari mulut Yassin

yassin

Saiful Apek turut berkata, dia tidak sabar untuk mendengar sendiri kisah sebenar daripada Yassin tentang apa yang berlaku sepanjang berada di sana.

Setiap kali terima voice note dari dia, saya tak mahu tahu apa yang berlaku dan minta dia cerita apabila sampai di Malaysia nanti. Kita kenalah beri masa dia rehat dahulu.

Harap pulangannya akan tamatkan segala spekulasi

Pelawak senior itu juga berharap kepulangan Yassin nanti akan menutup segala spekulasi dan tohmahan yang timbul sejak berita penahanannya tular tahun lalu.

Untuk rekod, Yassin dilaporkan ditahan di Lapangan Terbang Raja Abdulaziz, Jeddah pada Oktober tahun lalu kerana didakwa memiliki ganja.

Tuan badan lebih afdal untuk cerita apa yang berlaku. Apabila dia dibebaskan, mesti ada sesuatu yang kita tak tahu.

Kadang-kadang tak semua perkara kita boleh nilai dari luar. Sebaiknya, dengar dahulu dari pihak terlibat sebelum jatuh hukum.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas