Connect with us

Oh! Media

Rupanya Ini Sebab Fauziah Nawi Berani Kata Gaji DJ Radio Mampu Cecah RM150k

Fauziah nawi ohmedia

Oh! Artis

Rupanya Ini Sebab Fauziah Nawi Berani Kata Gaji DJ Radio Mampu Cecah RM150k

Sebelum ini kami ada melaporkan yang pelakon veteran, Fauziah Nawi tampil mendedahkan gaji DJ radio swasta mampu mencecah sehingga RM150,000 tapi ramai individu termasuk beberapa penyampai radio lain menafikan perkara itu.

BACA: “Gaji DJ Radio Swasta Di Malaysia Mencecah RM150K Sebulan” – Fauziah Nawi

Terbaru! Menerusi satu video, Fauziah Nawi menafikan dia mempunyai niat untuk membongkar perkara itu dan berkata terpulang kepada orang ramai untuk mempercayainya ataupun tidak.

IKLAN

Saya bercakap seperti itu kerana ramai kawan-kawan saya yang bekerja sebagai penyampai radio mempunyai gaji yang banyak.

RM20,000 ada, RM40,000 ada dan bahkan betul ada yang terima gaji sebanyak RM150,000 tetapi saya tak bolehlah maklumkan siapa yang dapat gaji setinggi itu.

Tapi tidaklah semua orang yang terima gaji setinggi itu tapi bila saya keluarkan kenyataan itu orang tak percaya. Pada saya tak mengapalah mereka tak nak percaya sebab saya tak ada niat apa-apa pun.

Cuma memang ada penyampai radio yang dapat gaji setinggi itu.

Pelakon veteran itu juga mendedahkan yang dirinya pernah menerima gaji yang tinggi ketika menjadi penyampai radio satu ketika dahulu.

Katanya lagi, kebanyakan gaji yang tinggi ini datangnya dari stesen radio swasta dan bukannya dibawah kerajaan.

Tapi kena tanya saya yang tawarkan gaji tinggi tu stesen radio mana? Radio swasta semuanya dan bukannya radio kerajaan sebab stesen radio kerajaan mengikut tangga gaji yang telah ditetapkan.

Saya dulu pernah menjadi penyampai radio di sebuah stesen radio swasta yang hanya memperuntukkan saya untuk bersiaran selama satu jam sahaja pada setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.

Dan ketika itu gaji saya dalam Rm4,000 atau RM5,000 sebulan. Jadi, hairan kah kalau stesen radio swasta menawarkan gaji yang tinggi ini?

Namun ingin saya tegaskan bukan semua penyampai radio yang ditawarkan dengan gaji setinggi itu.

Logik jer sebenarnya gaji penyampai radio tinggi sebegitu. Apa pandangan korang?

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas