Connect with us

Oh! Media

Rupanya Atu Zero Pernah Jadi Gelandangan Dan Hampir Terjebak Dengan Dadah!

Untitled Design   3

Oh! Artis

Rupanya Atu Zero Pernah Jadi Gelandangan Dan Hampir Terjebak Dengan Dadah!

Di sebalik kejayaan pelawak Atu Zero, rupanya ada tersimpan kisah pilu yang pernah dirinya lalui sebelum bergelar selebriti yang ramai tak tahu. Apa dia tu?

Menurut laporan Kosmo, Sharif Zero berkata yang Atu pernah hidup sebagai gelandangan selama beberapa hari di Kuala Lumpur selepas melarikan diri dari kampung. Kesiannya..

Bukan tu jer, Atu juga dikatakan pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan tetapi tidak menerima gaji selama beberapa bulan.

IKLAN

Atu pergi ke KL ikut ejen dan kerja sebagai pengawal pondok, tapi gaji tak dibayar. Dia juga buat kerja lain, tapi tetap tak cukup. Dua atau tiga hari dia jadi gelandangan.

Arwah ayah minta Sharif pujuk Atu Zero

Atu Zero

Keadaan Atu yang semakin teruk membuatkan arwah bapanya meminta Sharif memujuk Atu pulang ke Sabah. 

Arwah bapa dengan ibu minta saya pergi KL pujuk Atu balik. Masa itu, mereka risau sangat sebab Atu macam hilang arah.

Atu hampir terjebak dengan dadah

Img 3916

Lebih menyedihkan, Atu hampir terjebak dengan dadah akibat salah memilih rakan ketika berada di Kuala Lumpur. 

Sharif mengakui bahawa adiknya itu jenis yang kuat bekerja, tetapi duit yang diperoleh seperti “hilang entah ke mana.”

Dia merajuk sebab tak selesa di kampung. Sebab itu dia cari kerja yang boleh dapat banyak duit. Tapi, dia hampir terjerumus dengan dadah, memang hampir.

Segala pengalaman pahit itu kini menjadi pengajaran berharga buat Atu. Daripada hidup sebagai gelandangan dan berdepan pelbagai cabaran, Atu berjaya bangkit sehingga dikenali sebagai salah seorang pelawak terkenal di Malaysia.

#OhmediaNasihat

Hidup tak selalunya indah, tapi jangan pernah berputus asa. Kisah Atu mengingatkan kita bahawa sokongan keluarga sangat penting dalam membantu seseorang bangkit semula.

Jika ada dalam kalangan keluarga atau rakan yang tersasar, berikan mereka peluang kedua. Kadang-kadang, mereka hanya perlukan sedikit dorongan dan kasih sayang untuk kembali ke landasan yang betul.

Untitled Design   3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas