Connect with us

Oh! Media

“Kami Saling Menyokong, Menasihati” – Ruhainies Nafi Bercinta Dengan Aliff Aziz

Ohmedia om Featured New 1200x675 19

Oh! Artis

“Kami Saling Menyokong, Menasihati” – Ruhainies Nafi Bercinta Dengan Aliff Aziz

Pelakon kontroversi Ruhainies sekali lagi mencuri perhatian apabila interaksinya dengan Aliff Aziz di media sosial menjadi perbualan hangat.

BACA: “Tak Penat Ke Jadi Jahat?” – Didakwa Sebar Fitnah, Didi Astillah ‘Sound’ Ruhainies

Meskipun terpalit dengan kontroversi khalwat, nampaknya hubungan antara kedua-dua pelakon ini tetap akrab.

IKLAN

Aliff Aziz komen ‘love’

Buktinya, netizen dapat melihat mereka saling berbalas komen di Instagram menggunakan emoji berbentuk hati.

Perkara ini sekaligus mencetuskan spekulasi, adakah mereka sebenarnya sedang bercinta?

“Kami baik, selalu sokong dan menasihati” – Ruhainies

Jika ya, netizen menasihati Ruhainies supaya mencari lelaki yang lebih baik untuk dirinya. Ini respon tuan badan.

Ruhainies

Aktres ini memohon netizen supaya mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Aliff. Ruhainies bagaimanapun menafikan dakwaan Aliff sedang dilamun cinta dengan dirinya.

Jelas Ruhainies, mereka sering menyokong dan menasihati di antara satu sama lain dalam banyak perkara yang mereka lakukan.

#ApaKataOhmedia

Kalau betul bercinta pun apa salahnya kan? Lagi pula masing-masing single dan can mingle. Kalau sekadar kawan biasa, takkan sampai berbalas-balas emoji love, betul tak?

Ohmedia om Featured New 1200x675 19

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram Ruhainies


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas