Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Tak Penat Ke Jadi Jahat?” – Didakwa Sebar Fitnah, Didi Astillah ‘Sound’ Ruhainies

Adik kepada selebriti terkenal, Bella Astillah iaitu Didi Astillah tampil mempertahankan kakaknya selepas tular video temubual Ruhainies bersama media.

Dalam video tersebut, Ruhainies menyatakan dugaan yang dihadapinya tahun 2024 adalah tanda Allah SWT sayang dan kebenaran akan muncul jua akhirnya.

IKLAN

Didi Astillah nafi kakak rancang tangkap khalwat

Ruhainies

Menyelar kenyataan Ruhainies, Didi menegaskan kakaknya tidak terlibat dengan kes tangkap khalwat yang berlaku.

Malah, kebenaran berpihak kepada kakaknya apabila ada seseorang muncul membongkar perangai sebenar pelakon terbabit dan bekas abang iparnya, Alif Aziz.

Ruhainies didakwa sebar fitnah kepada rakan industri

Ruhainies

Lebih mengejutkan, Didi mendakwa Ruhainies cuba menyebar fitnah dan pengaruh beberapa individu dengan bercakap buruk mengenai Bella.

Saya tahu awak ada DM artis dalam industri kita ni yang bergelar Datuk untuk mengutuk dan fitnah kakak cakap kakak saya rancang semua ni. Ee gila ke apa nak rancang? Itu perangai awak. Ingat kakak saya nak ke anak dia kehilangan bapa?

Dakwa penyanyi ini lagi, Ruhainies turut berjumpa beberapa artis dan founder untuk menyebarkan fitnah tersebut.

Didie sempat ‘menyindir’ pedas bertanya sama ada Ruhainies tidak penat menjadi jahat walaupun sudah memasuki tahun 2025.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram Bella Astillah


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas