Connect with us

Oh! Media

Ruhainies Akhirnya Cerita Apa Sebenarnya Terjadi Pada Malam Diserbu Jawi

ruhainies

Oh! Artis

Ruhainies Akhirnya Cerita Apa Sebenarnya Terjadi Pada Malam Diserbu Jawi

Hampir seminggu mendiamkan diri, pelakon Ruhainies akhirnya tampil dengan satu kenyataan rasmi menceritakan apa sebenarnya yang terjadi Sabtu lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dia Langsung Tak Contact” – Bella Astillah Maafkan Ruhainies, Tapi Tak Mungkin Dapat Melupakan

Katanya, pada malam kejadian dia dan adik beradiknya merancang untuk makan di rumah bersama rakan-rakan yang lain.

Memandangkan Aliff juga baru selesai shooting, dia menjemput Aliff turut serta dan pelakon itu bersetuju.

Namun, kakaknya iaitu Risteena tersangkut dalam kesesakan lalu lintas ketika dalam perjalanan ke rumahnya.

Dia kemudian mengambil keputusan untuk naik ke rumah dahulu meletakkan barang shooting dan sempat berborak dengan Aliff.

Tak lama kemudian, pintu rumah diketuk dan Ruhainies takut untuk membuka pintu kerana mendengar suara lelaki.

Selepas kakaknya tiba, mereka sudah menjelaskan kepada pihak Jawi. Ruhainies dan Aliff hanya mengikut prosedur yang diminta pihak berkuasa.

Ruhainies bagaimanapun mengaku tindakannya berdua-duaan bersama Aliff di dalam rumah adalah salah di sisi agama.

Ruhainies mengaku sayangkan persahabatan dengan Bella dan berharap rakannya itu tidak berpisah dengan Aliff.

Dia juga bersedia untuk berhadapan Bella apabila rakannya itu sudah bersedia.

Kredit: Instagram Ruhainies

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas