Connect with us

Oh! Media

“Dia Langsung Tak Contact” – Bella Astillah Maafkan Ruhainies, Tapi Tak Mungkin Dapat Melupakan

bella maafkan ruhainies

Oh! Artis

“Dia Langsung Tak Contact” – Bella Astillah Maafkan Ruhainies, Tapi Tak Mungkin Dapat Melupakan

Hanya tuan badan je yang tahu betapa sakitnya rasa dikhianati kawan baik sendiri. Itulah yang berlaku kepada Bella Astillah apabila suaminya ditangkap berkhalwat dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium Sabtu lalu.

ADVERTISEMENT

Susulan kontroversi itu juga, Bella telah menfailkan satu permohonan cerai terhadap Aliff Aziz dan prosiding pertama sepatutnya berlangsung hari ini.

BACA: Bella Astillah Ke Mahkamah Untuk Proses Cerai, Ruhainies Tenang Kongsi Quote Islamik

Memetik laporan mStar, Bella berkata Ruhainies sehingga ke hari ini masih tidak menghubunginya. Namun Bella enggan memanjangkan isu dan memaafkan perbuatan sahabatnya itu sempena bulan Ramadan yang mulia.

bella astillah

Ketika ditanya mengenai hubungan persahabatan, selebriti kelahiran Sabah ini berkata dia boleh memaafkan tetapi untuk melupakan tidak tahu bila.

Saya percaya dan saya ni seorang yang sangat sayangkan kawan. Semua orang tahu, tak sangkalah. Ini unexpected sebab dekat set saya sangat baik dengan dia.

Ibu kepada dua orang anak ini menjadikan ia satu pengajaran dan berharap orang ramai juga boleh mengambil iktibar.

bella maafkan ruhainies

Ketika ditanya mengenai suaminya, Bella enggan mengulas lanjut dan menganggap apa yang terjadi sebagai hadiah ulang tahunnya pada 15 Mac ini.

Difahamkan, Bella yang sepatutnya bergandingan dengan Ruhainies dan Aliff Aziz dalam drama Terjerat terpaksa menarik diri selepas kontroversi khalwat.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas