Connect with us

Oh! Media

Rossa Sera Sambut Bekas Suami, Shuk Sahar Pulang Dari Umrah

rossa sera

Oh! Artis

Rossa Sera Sambut Bekas Suami, Shuk Sahar Pulang Dari Umrah

Walaupun sudah berpisah, hubungan yang baik demi anak-anak harus tetap diteruskan. Itulah apa yang dilakukan oleh Rossa sera yang menyambut kepulangan bekas suaminya dari umrah, Shuk Sahar di KLIA.

ADVERTISEMENT

Saat-saat ketibaan Shuk itu dikongsikan Sera di Instagram miliknya yang turut membawa dua orang anaknya. Shuk yang tiba terus memeluk dan mendukung anaknya yang tak jumpa hampir dua minggu.

Sera doakan Shuk dapat ketenangan

Terima kasih sentiasa mencuba jadi ayah yang terbaik. Sama-sama kita jaga hubungan untuk amanah ini ya.

Amanah yang menjadi bukti cinta kita dahulu. Kita besarkan mereka sama-sama ya. Semoga awak dapat ketenangan. – Tulis Sera.

Dalam pada itu, Sera turut berharap agar Shuk jadi ayah terbaik untuk anak-anak walaupun sudah berpisah.

Shuk dan Sera sebelum ini telah berkahwin pada tahun 2015 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Nur Qurratu Ain, 5 tahun dan Nur Assyifatu Aimi. 2 tahun.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas