Connect with us

Oh! Media

Rossa Hadiahkan Banglo 6 Juta Buat Ibu Bapanya

rossa

Oh! Artis

Rossa Hadiahkan Banglo 6 Juta Buat Ibu Bapanya

Sri Rossa Roslaina Handiyani yang sering dipanggil Rossa merupakan penyanyi di Indonesia sejak 1995. Diva Indonesia ini dikenali setelah mengeluarkan album pertama bertajuk ‘Meskipun Cinta’ yang dikeluarkan pada 27 Januari 1995.

ADVERTISEMENT

BACA: Rossa Akui Sudah Ada Kekasih

Penyanyi Indonesia yang sering dikaitkan dengan Afghan, telah menghadiahkan rumah mewah kepada kedua ibu bapanya. Nilai rumah banglo itu adalah Rp 20 Millar atau lebih kurang RM6 juta.

Rumah nampak megah

rossa

Menurut Liputan6, penyanyi Indonesia ini sering kali berkongsi gambar di laman Instagram mengenai rumah baru yang dihadiahkan buat ibu bapanya. Rumah itu berwarna putih dan kelitahan sangat megah.

Ramai pengikut di Instagram mengucapkan tahniah kerana sudah berjaya menyiapkan rumah banglo tersebut.

rossa
Foto: Liputan6
rossa
Foto: Liputan6

Rumah Diva Indonesia ini terletak di Sumedang, Jawa Barat. Rumah ini dibina di kawasan sawah padi dan memiliki halaman yang sangat luas sehingga boleh bermain bola di situ.

Walaupun sekarang ini dilanda kesusahan ekonomi akibat pandemik, namun Rossa tetap meneruskan niatnya untuk menghadiahkan rumah banglo buat ibu bapanya. Semoga Rossa dan keluarga semakin bahagia selepas ini.

Kredit: Liputan6

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas