Oh! Artis
“Rezeki Kepala Bapak Dia” – Ali Puteh Mengamuk Dalam Live, Marah Netizen Komen Rezeki Tak Berkat
Oleh
Sehingga hari ini, pelawak Ali Puteh masih menjadi bahan sindiran netizen berkaitan isu hutang saman dengan kakak iparnya, Siti Nor Hidayah.
Sampai Ali nak berniaga pun tak senang apabila ada netizen bermulut celupar mengejek kononnya rezeki yang diperolehi Ali tidak berkat.
Difahamkan, komen itu ditinggalkan netizen ketika pelawak ini bersiaran langsung di TikTok. Memang mengamuk lah Ali kan?
Kata Ali, individu itu tak sepatutnya mengambil alih kerja Tuhan dengan mempersoalkan keberkatan rezeki orang.
@deli_ahmad GARA2 MULUT PUAKA NETIZEN ALI PUTEH MENGAMUK DALAM LIVE.. #aliputeh #fyp #angry ♬ original sound – Daily Ahmad
Dia cakap rezeki tak berkat, rezeki kepala bapak dia. Orang niaga elok-elok pandai je kata rezeki tak berkat. Ajak tekan kotak tergaru-garu telur bapak kau takut.
Ali berkata dia hanya mampu berusaha dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT. Yang menentukan keberkatan rezeki hanyalah Allah SWT bukannya manusia.
Saya bukan jual babi dekat depan ni. Saya jual sambal.
Pelawak ini berkata lebih baik netizen mendoakan buat saudara seagama di Palestin daripada buang masa mengkritik orang lain.
Dia juga menegur netizen yang tak habis-habis berhasad dengki dan mencari kesalahan orang lain sedangkan dia cuma mencari rezeki yang halal buat keluarga.
Kredit: TikTok @deli_ahmad
