Oh! Artis
Respon Padu Bella Astillah Lepas Bekas Suami Dan Rakan Baik Mengaku Berkhalwat
Selebriti popular, Bella Astillah enggan memberi komen lanjut berhubung isu khalwat bekas suaminya, Aliff Aziz dan pelakon, Ruhainies yang dilaporkan selesai.
BACA: Syed Saddiq Dan Bella Astillah Dapat Restu Abang, Syed Abdullah!
Beliau hanya boleh menarik nafas lega dan memilih untuk tidak terlalu memikirkan perkara itu.
“Alhamdulillah, itu bukan lagi urusan saya”

Memetik laporan Mstar, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah menegaskan bahawa keputusan yang dibuat oleh Aliff sudah bukan urusannya lagi.
Alhamdulillah, bagi saya apa sahaja keputusan mereka buat sama ada mengaku bersalah atau sebaliknya, ia bukan lagi tanggungjawab saya. Selebihnya saya serahkan kepada Allah SWT.
Tegasnya, mereka kini sudah mempunyai kehidupan masing-masing dan fokusnya kini hanyalah kepada kerjaya dan anak-anak.
Enggan anggap kebenaran berpihak padanya

Bella juga lebih selesa untuk tidak mengulas lanjut kerana bimbang setiap kenyataan yang diberikan boleh disalah tafsir.
Saya tak mahu ulas lebih lanjut, bimbang tersalah cakap. Tapi apa pun saya percaya kalau kita buat baik, insya-Allah yang datang pada kita pun perkara baik.
Terdahulu, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan mengesahkan bahawa kes khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies telah selesai.
Kedua-dua mereka telah membayar denda sebanyak RM3,000 selepas membuat pengakuan bersalah.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM