Connect with us

Oh! Media

Syed Saddiq Dan Bella Astillah Dapat Restu Abang, Syed Abdullah!

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Artis

Syed Saddiq Dan Bella Astillah Dapat Restu Abang, Syed Abdullah!

Desas-desus mengenai hubungan antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dan penyanyi serta pelakon, Bella Astillah, semakin hangat diperkatakan.

Terbaru, abang kepada Syed Saddiq, Syed Abdullah, memberikan restu terhadap hubungan adiknya dengan Bella.

Syed Abdullah aka Space Dollah restu, nampak adik gembira semacam…

Img 2989

Menerusi satu video yang tular di media sosial, Syed Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Space Dollah menyatakan sokongan penuhnya terhadap hubungan Syed Saddiq dan Bella.

IKLAN

Beliau berharap agar hubungan tersebut berkembang ke peringkat yang lebih serius.

Kalau boleh kita sama-sama doakan mereka ada jodoh. Kita sama-sama doakan sesuatu yang baik berlaku.

Sebab satu perkara yang saya perasan, saya kenal adik saya lama dan saya jarang nampak dia gembira macam ni. Jadi bila dia gembira, ia buat saya gembira.- Katanya.

Bella Astillah temani Syed Saddiq sampai ke parlimen…

Img 2991

Hubungan akrab antara Bella dan Syed Saddiq semakin jelas apabila Bella dilihat menemani Syed Saddiq ke Dewan Rakyat baru-baru ini.

Kehadiran Bella bersama anak lelakinya, Muhammad Ayden Adrean, mencuri perhatian ramai dan menimbulkan spekulasi bahawa hubungan mereka semakin serius.

Syed Saddiq enggan komen status hubungan…

Walaupun spekulasi mengenai hubungan mereka semakin hangat, Syed Saddiq memilih untuk tidak mengesahkan atau menafikan perkara tersebut.

Beliau menyatakan bahawa apa-apa boleh berlaku pada masa hadapan, sama seperti dunia politik.

Bella Astillah pula ambil sikap berdiam diri…

Bella Astillah pula memilih untuk tidak memberi komen mengenai status hubungannya dengan Syed Saddiq.

Beliau berterima kasih atas komen positif daripada orang ramai tetapi menegaskan bahawa fokus utamanya kini adalah kerjaya dan keluarganya.

Walaupun kedua-dua pihak enggan mengesahkan status hubungan mereka, restu daripada keluarga terdekat seperti Syed Abdullah memberikan petunjuk positif terhadap perkembangan hubungan ini.

#ApaKataOhmedia

Dalam menjalani kehidupan, sokongan dan restu daripada keluarga adalah elemen penting dalam membina hubungan yang kukuh. Walaupun tumpuan dan spekulasi masyarakat tidak dapat dielakkan, yang paling utama adalah kebahagiaan dan kesejahteraan individu yang terlibat.

Oleh itu, marilah kita doakan sahaja yang terbaik untuk Syed Saddiq dan Bella Astillah dalam apa jua keputusan yang mereka ambil.

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas