Connect with us

Oh! Media

Rebecca Nur Al Islam Nafi Dakwaan Pinjam RM1.5 Juta Dari Bonda Rozita

rebecca

Oh! Artis

Rebecca Nur Al Islam Nafi Dakwaan Pinjam RM1.5 Juta Dari Bonda Rozita

Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam menafikan dakwaan meminjam wang sebanyak RM1.5 juta daripada kakak iparnya, Bonda Rozita Ibrahim.

Menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story, Rebecca mendakwa dirinya telah difitnah oleh pihak tertentu yang menggunakan isu tersebut sebagai bahan kandungan (content) di media sosial.

IKLAN

BACA: “Saya Tak Kaya, Saya Juga Merempat” – Bonda Rozita Ibrahim Pertahankan Isteri Aliff Syukri

Rebecca bersumpah tak berhutang RM1.5 juta

rebecca

Menurut Rebecca, dia mulanya hanya membalas satu video dari pihak tertentu yang dikatakan mencetuskan emosinya.

Namun dia tidak menyangka dirinya pula menjadi mangsa fitnah sehingga menyebabkan satu Malaysia salah faham terhadapnya.

rebecca nur islam

Jelas Rebecca, dakwaan itu sama sekali tidak benar dan telah mencemarkan nama baik dirinya serta keluarga.

Percaya kakak ipar akan bersihkan nama

rebecca
rebecca nur islam

Rebecca turut memaklumkan bahawa beliau sudah bertanya sendiri kepada abang longnya dan isterinya berjanji akan membersihkan nama beliau daripada tuduhan ‘fitnah content’ tersebut.

Saya percaya insyaAllah kakak ipar saya dapat selesaikan nama baik saya & keluarga.

Akhir perkongsiannya, Rebecca menzahirkan rasa sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku serta mengucapkan terima kasih secara sinis kepada pihak yang menfitnahnya.

Harta dunia tak penting bagi saya, yang penting keluarga saya. Terima kasih kepada anda yang memfitnah saya sekeluarga. Terima kasih juga netizen.

Terdahulu, nama Rebecca hangat diperkatakan apabila timbul ketegangan melibatkan keluarga kakak iparnya, Bonda Rozita Ibrahim.

Masing-masing berbalas kenyataan termasuklah anak bongsu Bonda Rozita iaitu Maryam Nur Amani.

BACA: “Saya Rasa Datin Tak Bod*h, Yang B*doh Tu Awak” – Anak Bonda Rozita Ibrahim

Pssttt! Fitnah bukan bahan lawak dan tak sepatutnya dijadikan konten murahan untuk meraih perhatian. Kalau tak tahu cerita sebenar, lebih baik diam dari menyebarkan perkara tak betul.

Kredit: Instagram Rebecca Nur Al Islam
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas