Oh! Artis
Rayuan Dibenarkan, Hukuman Penjara 13 Bulan Farid Kamil Diganti Denda
Siapa tak kenal Farid Kamil? Seorang pelakon dan juga pengarah yang tersohor di Malaysia dan telahpun mencipta nama serta kejayaan dalam industri hiburan.
BACA: Gelaran Datuk Pahang Farid Kamil, Boy Iman Dibatalkan
Beliau mula menceburi bidang lakonan sejak tahun 2003 dan pernah memenangi Anugerah Bintang Popular sebanyak enam kali.
Namun, pelakon itu juga tidak lekang dek kontroversi pada dahulu kala dan sedang berusaha dalam memperbaiki imej serta kerjayanya dalam bidang seni.
Hukuman Farid Kamil diganti

Farid Kamil atau nama sebenarnya Farid Kamil bin Zahari, 40, yang sebelum ini diperintah untuk dipenjara selama 13 bulan telah digantikan dengan denda sebanyak RM 5,500.
Hal itu atas kesalahannya iaitu menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan di balai polis pada tiga tahun lalu.
Menurut laporan Free Malaysia Today, mahkamah telah menggantikan hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan melibatkan kekerasan jenayah kepada denda RM5,000.
Manakala hukuman penjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan digantikan dengan denda RM500.
Menyesal dengan perbuatan lampau
Hukuman itu diringankan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor di Mahkamah tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan Farid terhadap hukuman tersebut.
Katanya, ia mengambil kita faktor perayu telah membayar pampasan dalam bentuk kompaun kepada dua pihak, termasuklah anggota polis terbabit.
Pelakon tersebut yang diwakili oleh peguam Kee Wei Lon dan Low Wei Loke berkata bahawa dia menyesal dengan perbuatan lampaunya dan memohon maaf ketika perbicaraan berlangsung.
Kredit: Free Malaysia Today I Sinar Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media