Connect with us

Oh! Media

“Rasa Sayang 50-50” – Hafidz Roshdi Didakwa Lafazkan Satu Lagi Talak Lain Sebelum Itu?

Hafidz Roshdi

Oh! Artis

“Rasa Sayang 50-50” – Hafidz Roshdi Didakwa Lafazkan Satu Lagi Talak Lain Sebelum Itu?

Pelakon, Hafidz Roshdi mengatakan yang dia masih cinta dan sayang akan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri walaupun sudah tidak sepenuhnya. Pelakon itu juga menyerahkan soal rumah tangganya itu kepada ketentuan Ilahi.

ADVERTISEMENT

Tengok jodoh macam mana. Rasa sayang itu 50-50.

Untuk hari ini kita ada sebutan kes baharu, jadi kita serahkan kepada mahkamah. Apa saja keputusannya, lafaz itu dibuat atau tidak, saya serahkan kepada mahkamah.

Alhamdulillah, saya okey. Tiada sebarang komunikasi bersama Shuhada. Saya diminta untuk tidak mengganggu pihak Shuhada dan saya mengambil keputusan untuk tidak berkomunikasi.

Bukan tu jer, pihak plantik juga menyatakan tuntutan baru yang mendakwa Hafidz ada melafazkan cerai lain pada 22 Januari lepas dan perkara ini dikatakan sendiri peguam yang mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Hari ini adalah tarikh sebutan pertama, permohonan ini difailkan bersama-sama oleh plaintif dan defendan. Jadi, ketika itu tiada timbul lafaz kedua. Tiba-tiba, semalam kami dapat penyata daripada pembelaan, ada tuntutan balas daripada defendan.

Tiba-tiba dia berkata ada satu lagi talak yang dilafazkan oleh Hafidz. Itu mahkamah akan tentukan. Jadi, kita akan masukkan jawapan dan pembelaan kepada tuntutan itu. Sebelum ini dia tidak menyatakan tuntutan itu yang dilafazkan pada 22 Januari.

Kes kita pagi ini adalah berkaitan tuntutan pada 22 Februari. Kami terkejut kerana mereka memfailkan tuntutan pertama itu bersama. Jadi kami perlu membela. Kita tunggu mahkamah putuskan mengenai kedua-dua lafaz itu.

Sepatutnya hari ini merupakan hari pengesahan lafaz cerai tapi mahkamah dimaklumkan ada isu baru pula dan menetapkan 9 Mei depan bagi sebutan semula kes cerai.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas