Connect with us

Oh! Media

Ramai Puji Bacaan Al-Quran Fathia Latiff Hampir Sempurna

Ohmedia fathia latiff baca al quran

Oh! Artis

Ramai Puji Bacaan Al-Quran Fathia Latiff Hampir Sempurna

Kalau sebut nama Fathia Latiff, ramai ingat kisah kontroversi dan zaman ‘liar’nya dulu. Tapi kali ini, pelakon cantik itu muncul dalam satu program mengaji di TV, siap bertadabbur surah Saba ayat 33!

Ramai yang tak sangka, Fathia kini lebih tenang dan mendekatkan diri dengan al-Quran.

Bacaan Fathia hampir sempurna…

Image

Menurut Fathia, keputusannya untuk menyertai program mengaji itu dibuat dengan hati terbuka tanpa paksaan.

IKLAN

Fathia rasa bulan Ramadan ini lebih baik kalau ikuti program sebegini sebab dapat lebih menenangkan hati. Saya rasa lebih berkat kalau buat program sebegini lagi-lagi dah 10 malam terakhir Ramadan.- Katanya.

Tindakan Fathia ini menerima banyak pujian daripada netizen yang kagum dengan kesungguhannya mendalami ilmu agama.

Lancar mengaji, Fathia ada guru!

Fathia menjelaskan, kelancaran bacaan al-Quran Fathia dalam program itu adalah kerana dia memang mengikuti kelas mengaji secara rutin.

Fathia ada guru, datang setiap hari Jumaat dengar taklimat dan ada kelas mengaji jadi kiranya memang setiap minggu lah Fathia akan baca al-Quran.- Ujarnya.

Tak sangka, di sebalik penampilan selebritinya, Fathia sebenarnya aktif belajar agama dan memperbaiki bacaan al-Quran secara konsisten.

Rasa sebak ramadan hampir berakhir…

Image

Dalam sesi perkongsiannya, Fathia juga meluahkan rasa sedih kerana Ramadan bakal melabuhkan tirai.

Sebenarnya akhir bulan Ramadan, saya rasa sebak dan sayu sebab bulan mulia ini dah nak habis tanpa kita sedari tapi Fathia mengharapkan kita dapat jumpa bulan Ramadan pada tahun hadapan dan sama-sama kita ambil iktibar daripada pengajian-pengajian yang pernah kita ikut.

Kata-kata Fathia ini menyentuh hati ramai yang turut merasakan perkara sama setiap kali Ramadan hampir berakhir.

#ApaKataOhmedia

Ramai artis yang memilih mendekati agama secara senyap-senyap, dan Fathia adalah salah seorang yang tak ragu-ragu untuk berkongsi perubahan dirinya. Semoga istiqamah dalam mendalami al-Quran!

Ohmedia fathia latiff baca al quran

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas