Connect with us

Oh! Media

Ramai Dakwa Dafi Ismail Sabri Guna Cable Sebagai Anak PM Jadi Askar, Apa Kata Tuan Badan?

Ohmedia dafi ismailsabri

Oh! Artis

Ramai Dakwa Dafi Ismail Sabri Guna Cable Sebagai Anak PM Jadi Askar, Apa Kata Tuan Badan?

Selepas sekian lama tidak berlakon mahupun melakukan persembahan sebagai seorang penyanyi, bintang Akademi Fantasia, Gadaffi Ismail Sabri atau lebih dikenali sebagai Dafi mengejutkan orang ramai apabila muncul dalam barisan pelakon filem Malbatt Misi Bakara.

Dafi yang juga merupakan anak kepada Perdana Menteri Malaysia itu bagaimanapun menafikan dakwaan dia menggunakan keistimewaan sebagai anak PM. Ini selepas ramai yang mendakwa Dafi tidak sesuai menjadi seorang tentera kerana muka yang jambu dan mengatakan beliau menggunakan cable PM.

Berlakon sebab anak PM?

Image 32

Saya tidak rasa ada sebarang keistimewaa tetapi jika ada yang mahu beri peluang atau layanan seumpama tanpa diminta, saya terima sahaja.

Saya harap tiada orang salah anggap kerana saya tidak pernah meminta. Kalau orang dah nak bagi, takkan nak tolak. – Jelas Dafi kepada mStar.

Bukan sebab Dafi filem ni berjaya diterbitkan

Image 33

Dalam pada itu, Dafi turut menafikan penglibatannya dalam filem ini adalah untuk memberi jalan mudah untuk penerbit mendapatkan sebarang dana.

IKLAN

Adrian sendiri mempunyai reputasi cemerlang sebagai pembikin filem. Dia sendiri sudah ada hubungan baik dengan anggota tentera. Bukan sebab saya filem ini diterbitkan.

Takut rosakkan filem tentera

Image 31

Jujurnya lama saya fikir sebelum bersetuju kerana bimbang akan merosakkan filem ini. Saya anggap ini satu peluang berbeza dalam karier saya apatah lagi sudah lama tidak muncul dalam mana-mana filem atau drama.

Apapun kita harapkan persembahan yang terbaik dari Dafi. Tak sabar nak tengok hasil filem Malbatt Misi Bakara yang menelan belanja hingga RM20 juta yang akan menggambar kisah benar tentera Malaysia dalam misi Malbatt ketika peperangan di Somalia tahun 1993.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas