Connect with us

Oh! Media

Rakan Dakwa Hattan Tak Tahu Ia Siaran Langsung, Astro Awani Ada Bukti Bagi ‘Briefing’

hattan

Oh! Artis

Rakan Dakwa Hattan Tak Tahu Ia Siaran Langsung, Astro Awani Ada Bukti Bagi ‘Briefing’

Penyanyi Datuk Hattan ketika ini menerima kecaman hebat akibat menegur seorang pembaca berita ketika siaran langsung yang dianggap sebagai biadap.

ADVERTISEMENT

BACA: Pembaca Berita Kena ‘Sekolah’, Isteri Hattan Dedah Terima Ugutan Bun*h Dan Santau

Walaupun Hattan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, ada pula seorang individu mendakwa telah menghubungi Hattan yang mengatakan tidak mengetahui temubual itu dilakukan secara langsung.

Sedar akan dakwaan itu, pihak Astro Awani tidak berdiam diri dan mendakwa pihaknya mempunyai bukti memberikan penerangan ringkas sebelum menemubual penyanyi terbabit.

Perkara itu disahkan penerbit eksekutif siaran atau program berita terbabit iaitu, Ibrahim Sani.

Tidak tahu mana satu lagi teruk. Sama ada dia (Hattan) mengatakan beliau tidak diberi ringkasan (briefing) yang temu bual untuk siaran langung. Kami ada bukti dia diberikan briefing sebelum live.

Atau fakta bahawa dia memilih untuk biadap hanya kalau program dirakam dan akan bersikap sopan kalau program untuk siaran langsung.

Sebelum ini, rakan baik Hattan iaitu Salimey Abu Bakar memberitakan kepada media bahawa dirinya tidak tahu bahawa temu bual dilakukan untuk siaran ‘live’.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas