Oh! Artis
“Mana Ada Satu Family, Buta Ke?” – Cara Rebecca Dan Kakak Balas Komen Netizen Undang Kecaman
Sejak kebelakangan ini, nama selebriti Rebecca Nur Al Islam menjadi sebutan netizen gara-gara tercetusnya kontroversi melibatkan dirinya dengan isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.
BACA: “Saya Akan Delete Segalanya…” – Rebecca Nur Al Islam Akur Nasihat Abang Long, Tamatkan Isu Keluarga
Tapi siapa sangka, isu itu belum reda, tiba-tiba muncul pula satu lagi klip tular disebabkan sikap Rebecca sendiri semasa live di Instagram.
“Mana ada satu family, buta ke?”
Dalam klip yang kini tersebar di laman X, Rebecca dilihat sedang membuat live bersama kakaknya bagi menjual produk.
Namun, yang mencuri perhatian ramai bukanlah produk yang dijual, tetapi cara Rebecca membalas komen daripada netizen.
Seorang netizen bertanya sama ada dia sedang live dengan satu keluarga dan balasan Rebecca yang agak ‘tajam’ terus mengundang kecaman.
Mana ada satu family. Buta ke? Kan dengan kakak je.
Tak cukup dengan tu, Rebecca turut mengulas tentang pengikut Instagram yang dikatakan ‘follow tapi tak suka’ pada dirinya.
“Follow tapi tak suka”

Janganlah suka benda-benda yang membuat spekulasi. Saya tahu walaupun saya private IG saya tapi yang follow saya ada je yang tak suka. Netizen-netizen yang mungkin suri rumah, yang tak ada kerja kan. Tak apa saya okey je, dengan nama Allah saya maafkan korang.
Ruangan komen di laman X turut dipenuhi dengan kritikan daripada netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan cara Rebecca melayan pertanyaan orang ramai.
Ramai yang berpendapat, sebagai selebriti dan peniaga, Rebecca sepatutnya menunjukkan sikap yang lebih profesional dan matang dalam berkomunikasi.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM