Connect with us

Oh! Media

Rakam Wanita ‘Berkaki Ayam’, Azhan Rani Dedah Kisah Sedih Disebaliknya

Oh! Artis

Rakam Wanita ‘Berkaki Ayam’, Azhan Rani Dedah Kisah Sedih Disebaliknya

Sejak bencana banjir yang berlaku baru-baru ini, masyarakat dilihat bersatu padu dalam menghulurkan bantuan sehingga wujud kembali tanda pagar #Kitajagakita.

ADVERTISEMENT

BACA: Rambut Perang Punya Pasal, Azhan Rani Akui ‘Terseksa’ Selama 6 Bulan

Selain itu, selebriti tempatan juga turut tidak terlepas termasuklah pelakon, Azhan Rani yang menjadi salah seorang yang aktif dalam menjalankan misi bantuan banjir.

Namun selepas hampir dua minggu, Azhan telah mengambil keputusan untuk menghentikan misinya itu oleh kerana beberapa faktor yang diambil kira.

Hal itu selepas gudang penyimpanan mereka di Sungai Loh hanya dipinjamkan tanpa bayaran dan terpaksa memulangkanya kembali kepada pemilik asal.

Rakam wanita berlari dalam keadaan berkaki ayam, Azhan Rani luah rasa sebak

Walaupun sudah tidak lagi meneruskan misi bantuan, namun dia juga sempat berkongsikan pengalamannya ketika melawat di sebuah kawasan terjejas di Kampung Batu Kapor Bawah 6, Mentakab, Pahang.

Apa yang membuatkan dirinya sebak apabila melihat seorang wanita yang ‘berkaki ayam’ berlari menuju ke arah kumpulannya ketika menjalankan misi di kampung tersebut.

Bercerita mengenai kejadian, pasukannya yang ketika itu baru sahaja tiba di kawasan tersebut yang dilihat agak jauh berbanding rumah-rumah lain selain turut mengalami kerosakan yang serius.

Masa ini, pasukan kami baru sampai. Tempat ini agak jauh ke dalam sedikit berbanding rumah-rumah lain yang juga banyak mengalami kerosakan akibat banjir yang hampir mencecah ke bumbung.

Nampak Mak Cik tudung biru itu, dia berlari berkaki ayam tidak hirau dah apa yang dia pijak. Masa ini, aku baru ingin mengalihkan kereta bagi mencari tempat letak kenderaan. Mungkin dia ingat kami hendak berlalu.

Belum ada bantuan tiba, rumah musnah akibat banjir

Menurut Azhan, dia berasa terkejut selepas mengetahui masih tiada bantuan yang hadir di rumah wanita tersebut yang dilihat turut musnah akibat banjir.

Setakat semalam, belum ada bantuan hadir. Rumah kayu dia hancur musnah roboh akibat banjir. Dekat sangat sungai belakang rumah dia. Tinggal bahagian depan rumah sahaja yang masih tegak berdiri.

Mak Cik redah air paras dada masa nak menyelamatkan diri pada waktu itu. Harta benda tidak ada yang dapat diselamatkan.

Tambahnya, nasib yang menimpa wanita tersebut sempat membuatkan dirinya termenung selepas memikirkan dimanakah tempat tidur serta apa yang dijamahnya selama ini.

Dalam pada itu, Azhan juga turut berharap agar lebih ramai sukarelawan yang masuk di kawasan tersebut bagi memberikan bantuan kepadanya.

Kredit: Instagram Azhan Rani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas