Connect with us

Oh! Media

Raja Azura Tuntut Nafkah Anak Selepas 15 Tahun Bercerai

Ohmedia raja azura anak

Oh! Artis

Raja Azura Tuntut Nafkah Anak Selepas 15 Tahun Bercerai

Raja Azura failkan tuntutan nafkah anak selepas 15 tahun bekas suami culas bayar.

Kalau korang masih ingat, pelakon dan pengacara terkenal Raja Azura pernah lalui fasa perkahwinan yang jadi bualan ramai dulu.

Selepas lebih sedekad bercerai, kini beliau kembali jadi perhatian bila nekad membawa isu nafkah anak ke mahkamah. Katanya, bukan nak gaduh, tapi hanya mahu menuntut hak anak-anak selepas 15 tahun terabai.

Raja Azura nekad demi anak-anak…

Raja Azura, 53, atau nama sebenarnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran pelaksanaan penghakiman berkaitan nafkah tiga anaknya daripada bekas suami, Adzmin Osman.

IKLAN

Katanya, ini kali pertama beliau menjejakkan kaki ke mahkamah, namun langkah itu dibuat semata-mata untuk menuntut hak anak-anak yang lama tidak dipenuhi.

Ini kali pertama saya melangkah kaki masuk ke alam mahkamah. Saya failkan tuntutan ini bukan untuk bergaduh tetapi mahu dapatkan hak anak-anak saya.

Mereka pun sudah cukup dewasa dan kuat untuk melihat saya melalui perkara sebegini.- Katanya.

Terima sokongan penuh daripada anak…

Walaupun perjalanan itu berat, Raja Azura akui kekuatan sebenarnya datang daripada tiga anak tersayang yang sentiasa berdiri di belakangnya. Mereka sendiri yang meminta ibu tercinta menuntut hak yang sudah lama tertangguh.

Ini adalah juga atas permintaan anak-anak dan saya berjuang untuk mereka. Kalau boleh saya tak mahu cari salah sesiapa tetapi hanya mahu dapatkan hak seperti yang sudah termaktub dalam lafaz taklik.

Saya pun tak mahu bergaduh dengan bekas suami dan kalau boleh selesaikan secara baik. Kalau dia dapat munculkan diri pun sudah syukur. Sekurang-kurangnya ini usaha saya untuk anak-anak.- Luahnya lagi.

Menurut peguam yang mewakili Raja Azura, Mohammad Amirul Hanizan, permohonan itu difailkan selepas perintah mahkamah yang dipersetujui sejak 2010 tidak pernah dilaksanakan bekas suami.

Buat masa ini, mereka masih menunggu maklum balas daripada mahkamah berhubung tarikh prosiding akan datang.

Untuk rekod, Raja Azura dan Adzmin Osman mendirikan rumah tangga pada tahun 2001 sebelum berpisah pada 28 September 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq Adzmin, 23, Megat Luqman Hakim Adzmin, 22, dan Puteri Mia Maizura Adzmin, 20.

Pssttt! Bila bercakap soal nafkah, ini bukan sekadar tentang wang semata-mata, tapi amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Apa yang berlaku pada Raja Azura ni jadi pengajaran untuk korang semua, jangan sesekali abaikan nafkah anak walaupun selepas perceraian. Hak anak tetap hak mereka. Kalau ada masalah, selesaikan cara baik sebelum jadi kes di mahkamah.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas