Connect with us

Oh! Media

Qawiy Tak Hirau Gelaran ‘Penunggang Agama’

Qawiy gangguanseksual ohmedia

Oh! Artis

Qawiy Tak Hirau Gelaran ‘Penunggang Agama’

Seorang influencer yang cukup terkenal dengan konten tebuk surah Al-Quran, Qawiy tampil mengakui kontroversi yang melanda dirinya telah memberi kesan besar kepada kehidupan peribadinya.

Namun, dia memilih untuk tidak melihat perkara itu dari sudut negatif. Qawiy menyatakan bahawa ada hikmah di sebalik ujian yang menimpanya, terutama dengan sokongan positif yang diterimanya daripada masyarakat.

Tak gentar digelar ‘penunggang agama’…

Image

Qawiy sebelum ini berdepan dengan dakwaan gangguan seksual oleh seorang wanita. Apapun, Qawiy menegaskan bahawa dia tidak kisah jika ada pihak melabelnya sebagai penunggang agama.

IKLAN

Penunggang agama itu hanyalah tanggapan orang. Tetapi hakikatnya ramai lagi yang memberi sokongan kepada saya. Jadi, kenapa perlu saya tengok yang negatif kalau banyak positif?

Pada awalnya, Qawiy mengakui dia berasa sangat tertekan dan malu untuk keluar rumah. Namun, persepsinya berubah selepas menyedari masyarakat tidak bersikap seperti yang disangkanya.

Saya akui yang pada mulanya sangat tertekan dan malu untuk keluar. Tetapi rupanya saya silap, orang lain okay sahaja.

#ApaKataOhmedia

Dalam dunia media sosial, setiap individu pasti akan berdepan kecaman dan ujian. Yang penting, bagaimana kita menghadapinya, sama ada memilih untuk terus maju atau terperangkap dalam tekanan. Tentang dakwaan yang tidak baik itu, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasat. Selagi yang didakwa tidak didapati bersalah, kita tiada hak untuk menghukum seseorang.

Qawiy gangguanseksual ohmedia

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas