Connect with us

Oh! Media

Puteri Sarah Tunai Umrah Dengan Anak, Komen Fadzilah Kamsah Tarik Perhatian Netizen

Featured New 713x401 Box 12

Oh! Artis

Puteri Sarah Tunai Umrah Dengan Anak, Komen Fadzilah Kamsah Tarik Perhatian Netizen

Pelakon Puteri Sarah Liyana hari ini telah berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah. Pelakon itu turut membawa bersama dua anak kesayangannya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Di Instagram, Puteri Sarah berkongsi momen-momen terakhir pihak keluarga menghantar mereka di lapangan terbang.

Doa Tok Abah buat Puteri Sarah

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai mendoakan semoga perjalanan pergi dan balik Puteri Sarah serta anak-anak selamat. Mereka turut berharap pelakon ini dikurniakan umrah yang mabrur.

IKLAN

Antara komen yang menarik perhatian ramai adalah daripada pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Komen itu mendapat lebih 12,000 tanda suka dan 100 respon balas daripada para pengikut.

Fadzilahkamsa

Pakar motivasi yang membahasakan diri sebagai Tok Abah itu menitipkan doa semoga perjalanan umrah anak beranak itu dipermudahkan. Katanya, semoga umrah kali ini memberi hikmah sebesar-besarnya buat Puteri Sarah yang diketahui kini berhadapan dengan ujian.

Beliau turut meninggalkan pesan supaya Puteri Sarah menghubunginya sebaik sahaja pulang ke tanah air nanti.

Terdahulu, Fadzilah Kamsah meluahkan rasa sebak melihat pengarah, Datuk Yusof Haslam menangis ketika ditemubual wartawan Melodi. Beliau memahami harapan seorang insan yang bergelar ayah mahu yang terbaik buat anak-anaknya.

Kredit: Instagram Mohd Fadzilah Kamsah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas