Connect with us

Oh! Media

Puteri Sarah Pertahan Dan Dedah Mengapa Ibu Mertua Marah, Tak Restu Perkahwinan Kedua Syamsul Yusof

Datin Patimah

Oh! Artis

Puteri Sarah Pertahan Dan Dedah Mengapa Ibu Mertua Marah, Tak Restu Perkahwinan Kedua Syamsul Yusof

Kemelut antara pasangan selebriti, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof masih lagi berpanjangan hingga ke hari ini.

ADVERTISEMENT

Ibu kepada Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail juga ada menyelar tindakan anaknya itu susulan pendedahan perkahwinan kali kedua bersama Ira Kazar.

Menurut laporan Berita Harian, tindakan ibu kepada pengarah yang terlalu lantang meluahkan rasa marahnya itu telah mengundang kecaman netizen.

Walau bagaimanapun, Puteri Sarah tampil mempertahankan ibu mertua kesayangannya yang memohon orang ramai agar tidak terus menjatuhkan hukuman disebabkan tidak merestui perkahwinan kedua Syamsul.

Saya faham perasaan ibu mentua saya ketika ini. Memang dia tak puas hati dan sedih dengan apa yang berlaku.

Ada sebab kenapa dia jadi begitu. Hanya saya, pihak di sebelah sana dan Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) saja tahu.

Tiada orang yang tiba-tiba nak ‘melantun’ (mengamuk) atau ‘meroyan’ tanpa sebab. Mesti ada sebab kenapa dia dan saya jadi begini.

Jadi sebelum anda kecam, cari dulu punca kenapa kami jadi begini serta kenapa saya berdiri di sini (berada di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk permohonan tuntutan cerai). Bukan saya suka-suka atau tiba-tiba ke pejabat agama sebelum ini.

Apapun, semoga yang terbaik buat Puteri Sarah dan Syamsul Yusof. Biarlah sesama mereka yang berbincang dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kita sebagai orang luar ni jangan jadi batu api.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas