Connect with us

Oh! Media

Puteri Sarah Dan Acap S Curi Tumpuan, Sertai Program Muzikal Lawak Superstar 4

Ohmedia muzikal Lawak Superstar

Oh! Artis

Puteri Sarah Dan Acap S Curi Tumpuan, Sertai Program Muzikal Lawak Superstar 4

Biar betul Puteri Sarah Liyana jadi pelawak? Kalau tak percaya, korang boleh tengok sendiri persembahan Puteri Sarah bersama Mamak Puteh dan Ilham Abata di program Muzikal Lawak Superstar 4.

Difahamkan, untuk musim kali ini, MLS 4 tampil dengan kombinasi pempengaruh media sosial, pelakon dan pelawak popular.

Antara nama yang akan memeriahkan pentas MLS 4 adalah pelakon Harris Annuar, Eric Fuzi, Zulin Aziz, Puteri Sarah Liyana, Nadz Sally dan Isyariana.

IKLAN

Manakala pempengaruh media sosial pula disertai Aretoy, Tajuddin Bakar, Yah Kucai dan Acap S. Fuh, mesti gempak habis!

Rancangan ini akan bersiaran langsung bermula 22 September pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Arena.

Juara MLS 4 akan membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 dan trofi. Manakala tempat kedua, ketiga dan keempat masing-masing menerima hadiah wang tunai RM 75,000, RM 50,000 dan RM 25,000.

Ohmedia muzikal Lawak Superstar

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Astro Gempak | IG Zon Lawak


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas