Connect with us
Puteri Sarah Syamsul Yusof

Trending

“Saya Dah Ada Kehidupan Sendiri” – Puteri Sarah Tumpang Gembira Syamsul Yusof Akhirnya Pulang

Pengarah terkenal, Syamsul Yusof akhirnya pulang dan berjumpa ibu bapanya malam tadi setelah sekian lama. Bukan tu jer, Puteri Sarah juga turut ada bersama pada waktu itu.

BACAAkhirnya Syamsul Yusof Balik Jumpa Ibu Bapa, Puteri Sarah Pun Sekali

IKLAN

Menurut laporan Harian Metro, Puteri Sarah akui rasa gembira apabila bekas suaminya berbuat demikian.

Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Saya turut gembira apabila mentua pun gembira.

Biarpun saya sudah tidak ada apa-apa hubungan dengan Syamsul, saya tumpang gembira apabila dia akhirnya pulang ke rumah untuk berjumpa dengan Papa (Datuk) dan Mama (Datin). Apatah lagi, mereka sudah bertahun tak jumpa dengan Syamsul.

Sebenarnya, Syamsul sendiri yang nak jumpa mereka. Cuma saya sampai lambat sebab ada acara pada petang itu. 

Saya pulang ke rumah dahulu ambil anak-anak dan bawa sekali jumpa datuk dan nenek mereka sebelum kami ke Vietnam untuk bercuti. Apa pun, semuanya sudah selesai.

Puteri Sarah juga berkata yang dia turut berada bersama pada waktu itu bukan berniat ingin kembali ke pangkuan Syamsul seperti yang didakwa netizen. 

Ingin dijelaskan, sehingga detik ini saya tidak terfikir ingin kembali pada Syamsul. Saya sudah ada kehidupan sendiri dan bahagia dengan pilihan sebegini. 

Sekarang ini, saya mahu tenang-tenang saja di samping membesarkan anak-anak dan fokus pada kerjaya.

Alhamdulillah, semuanya dah kembali seperti sedia kala. Semoga hubungan keluarga ini sentiasa dalam keadaan yang baik-baik saja.

Puteri Sarah Syamsul Yusof

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas