Connect with us

Oh! Media

Puteri Sarah Ada Cara Lain Kalau Syamsul Tak Mahu Lafaz Cerai

puteri sarah

Oh! Artis

Puteri Sarah Ada Cara Lain Kalau Syamsul Tak Mahu Lafaz Cerai

Pada 7 Mac ini, pengarah kontroversi, Syamsul Yusof perlu hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi sebutan kes permohonan cerai isterinya, Puteri Sarah Liyana.

ADVERTISEMENT

BACA: “Akan Minta Mahkamah Jatuhkan Hukuman Penjara Dan Denda” – Peguam Puteri Sarah

Jika Syamsul tidak mahu melepaskan isterinya, Puteri Sarah masih mempunyai beberapa pilihan mengikut peruntukan undang-undang syariah bagi menuntut cerai.

Perkara itu dimaklumkan peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader di mana ada beberapa peringkat boleh digunakan pihaknya.

Kalau masih tidak mahu lafazkan cerai, masih ada cara terakhir..

Kalau defendan tidak setuju, kami akan usahakan ke peringkat kedua di mahkamah yang sama di mana kes mereka dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Pada peringkat ini, wakil kedua-dua pihak akan cuba mencari jalan. Kalau berjaya, kita akan teruskan penceraian. Jika gagal, kita rujuk pula kepada hakam keluarga.

Kalau peringkat itupun Syamsul masih tidak mahu lepaskan Puteri Sarah, Akberdin memaklumkan mereka akan beralih kepada hakam mahkamah di mana kuasa untuk melafazkan cerai diberikan kepada mahkamah yang mewakili plaintif.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas