Connect with us

Oh! Media

“Akan Minta Mahkamah Jatuhkan Hukuman Penjara Dan Denda” – Peguam Puteri Sarah

Oh! Artis

“Akan Minta Mahkamah Jatuhkan Hukuman Penjara Dan Denda” – Peguam Puteri Sarah

Seperti yang Ohmedia kongsikan sebelum ini, Puteri Sarah Liyana isteri kepada Syamsul Yusof sudahpun memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

ADVERTISEMENT

BACA: “I Did My Best” – Sebutan Pertama Kes Cerai Pada 7 Mac, Sehari Sebelum Anniversary Ke-9

Memetik laporan OhBulan! pula yang bertemu peguam Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader menyatakan harapannya agar Syamsul memberikan kerjasama dengan hadir ke sebutan kes permohonan cerai pada 7 Mac depan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Syamsul setuju atau tidak untuk lafazkan cerai, tunggu 7 Mac nanti..

Kami berharap Syamsul akan mematuhi prosedur. Kalau dia datang pada hari terbabit mungkin cerai akan dilafazkan.

Namun, jika dia tidak bersetuju, kita akan teruskan dengan proses selanjutnya. Saya harap Syamsul akan hadir pada 7 Mac ini untuk memudahkan proses.

Akan minta mahkamah jatuhkan hukuman penjara dan denda..

Menjawab tentang tindakan ke atas isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar serta beberapa keluarga Ira yang melanggar perintah injuksi sebelum ini, Akberdin menyatakan ia tetap akan diteruskan.

Tindakan berikutnya pula, kami akan mulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, bapa dan kakaknya kerana secara terang-terangan melanggar perintah injuksi yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sivil sebelum ini.

Perintah itu kekal sehingga hari ini tapi mereka tak patuh. Kita akan minta mahkamah untuk jatuhkan hukuman penjara dan denda. Kita akan tunjukkan jenis-jenis perlanggaran yang telah dilakukan.

Akberdin dalam pada itu melihat pelanggaran perintah kali ini lebih teruk kerana mereta sepatutnya tidak boleh mendekati Syamsul tetapi ia lebih parah kerana mereka berkahwin di luar negara tanpa izin mahkamah.

Kredit: OhBulan!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas