Connect with us

Oh! Media

Puteri Aishah Terpotong Jari Kelingking, Perlu Lakukan Pembedahan

f47b2708 18be 4a4d 9d5d 2ad1b9949692

Oh! Artis

Puteri Aishah Terpotong Jari Kelingking, Perlu Lakukan Pembedahan

Puteri Aishah yang merupakan pelakon terkenal melalui filem Pulang mengalami kecederaan pada bahagian jari kelingkingnya. Kalau korang tengok keadaan jari Puteri tu memang seram gila gais! Kenapa sampai jadi macam tu ni Puteri?

9713cb1e b8ee 4026 a43a f3aff5e7780e

Menerusi laporan Berita Harian, pengurus kepada Puteri iaitu Iman Tang mengatakan yang jari Aishah terkoyak selepas terkena hirisan pisau ketika memotong buah petang semalam.

Ketika kejadian, Puteri mahu memotong buah. Mungkin disebabkan buah terlalu keras dan pisau pula licin, lantas menghiris jari kelingking sebelah kiri hingga terkoyak dan mengalirkan banyak darah.

IKLAN

Selepas kejadian, Puteri terus bergegas ke hospital swasta di Ampang bersama seorang rakannya. Selepas berjumpa doktor, mereka mengatakan yang keadaan jari Puteri ini agak serius dan perlu menjalani pembedahan untuk mengelakkan kesan-kesan lain pada masa akan datang.

Walaubagaimanapun, Puteri kini dalam keadaan stabil dan Iman Tang akan maklumkam maklumat terkini tentang Puteri nanti. Semoga cepat sembuh Puteri! 

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Puteri terpotong jari di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas