Connect with us

Oh! Media

PU Azman Ajar Agama Dalam Penjara, Hafaz 4 Juzuk Al-Quran

Puazman blockout2024 ohmedia

Oh! Artis

PU Azman Ajar Agama Dalam Penjara, Hafaz 4 Juzuk Al-Quran

PU Azman kini mengajar agama dan hafaz 4 juzuk al-Quran sepanjang berada di Penjara Kajang.

Walaupun kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang, bekas penceramah selebriti Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman, tetap meneruskan dakwahnya dengan mengajar agama kepada banduan lain.

Perkara itu dikongsikan oleh peguamnya, Mohamad Zahid Ahmad, dalam satu hantaran di Facebook. Perkongsian tersebut dibuat dengan keizinan bekas anak guamnya itu sendiri.

Untuk pengetahuan semua, beliau berada dalam jagaan yang baik dan setiap hari beliau mengajar banduan di dalam penjara dan ada kalanya berkongsi ilmu dengan pegawai penjara.- Katanya.

PU Azman hafaz 4 juzuk dalam penjara…

Pu Azman

Menurut peguamnya lagi, PU Azman atau lebih mesra dipanggil Cik Man, kini sudah menghafaz empat juzuk al-Quran sejak mula menjalani hukuman penjara pada September tahun lalu.

IKLAN

Beliau mohon didoakan dan dimaklumkan kini telah menghafaz empat juzuk al-Quran.- Jelas Zahid Ahmad.

Dalam masa sama, Cik Man juga sering meminta untuk dibawakan buku baharu setiap kali peguamnya datang bertemu. Katanya, walaupun kehidupan di penjara bukan mudah, beliau tetap cuba bertahan dan teruskan dengan semangat ilmu.

Hanya beliau sahaja yang tahu apa yang beliau rasa. Namun setiap orang ada jalan dan ceritanya sendiri. Saya yakin apa yang terjadi kepada sahabat saya adalah ujian terbaik di sisi Allah.- Tambahnya lagi.

Jalani hukuman penjara 12 tahun secara serentak…

Pu Azman

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi sebelum ini membenarkan rayuan PU Azman untuk menjalani hukuman penjara secara serentak selama 12 tahun, berbanding hukuman asal 24 tahun. Ia melibatkan dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki.

Bagaimanapun, dua sebatan yang dikenakan terhadapnya sebelum ini dikekalkan. PU Azman mula menjalani hukuman di Penjara Kajang pada 27 September 2024.

Pssttt! Dalam apa jua keadaan hidup, kita sebenarnya masih ada pilihan untuk buat kebaikan. Macam PU Azman, walaupun sedang menjalani hukuman, dia tetap pilih untuk berbakti dengan ilmu dan gunakan masa yang ada untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Kredit: Malaysiagazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas