Oh! Artis
Prihatin Dengan Kesihatan Ebby Yus, Ratu Cantik Jepun Ziarah Ke Rumah
Pelakon dan pelawak legenda tanah air, Ebby Yus atau nama sebenar Muhammad Yunus Abdul Rashid semalam menerima kunjungan bekas Miss Universe Japan 2018, Yuumi Kato ke rumahnya.
Kehadiran Yuumi ini dianggap sangat prihatin, susulan keadaan kesihatan Ebby Yus yang agak merosot.
Kongsi memori kerja bersama dahulu

Berdasarkan video yang dimuat naik di Tiktok Ebby Yus, Yuumi dilihat berkongsi kenangan sewaktu kerja bersama dalam sebuah sitkom komedi Jenaka Kampung Kalut (JKK) yang pernah ditayangkan di TV3 suatu ketika dahulu.
Dalam kapysen video tersebut, Ebby turut mengucapkan terima kasih kepada Yuumi atau nama popularnya yang dikenali sebagai Mikan.

Mikan doakan Ebby Yus kembali sihat
Melihat kepada hantaran Instagram Story Yuumi, dia turut memuat naik gambar dengan kapsyen mendoakan semoga ‘Pak Din’ iaitu gelaran Ebby Yus dalam JKK supaya cepat sembuh.

#OhmediaNasihat
Walaupun sudah tidak lama bertemu, hubungan persahabatan antara Pak Din dan Mikan masih cukup erat. Sentiasa prihatin dan mengambil antara satu sama lain. Nilai persahabatan yang kita semua boleh contohi. Kami doakan juga semoga Ebby Yus segera sembuh, amin.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Tiktok Ebby Yus
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM