Connect with us

Oh! Media

Polis Tahan Hafidz Roshdi Kes Tumbuk Muka Isteri

Hafidz roshdi polis ohmedia

Oh! Artis

Polis Tahan Hafidz Roshdi Kes Tumbuk Muka Isteri

Rasanya semua dah tahu tentang kes pelakon Hafidz Roshdi yang didapati menumbuk muka isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri sebanyak 3 kali.

BACA: Hafidz Roshdi Tumbuk Shuhada 3 Kali Di Muka Sampai Rabak, Dua Ahli Keluarga Jadi Saksi

Image 38

Pihak polis bagaimanapun telah menahan pelakon lelaki terbabit dan mendapati kejadian berlaku di sebuah kawasan rehat dan rawat (R&R) di Sungai Buloh.

IKLAN

Penahanan Hafidz disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang dilakukan kira-kira jam 12 tengah hari Sabtu semalam.

Hafidz dibebaskan dengan jaminan polis…

Hafidz kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sebaik keterangan diambil pada hari sama. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan mangsa, dua saksi dan suspek. Ada kemungkinan polis akan memanggil semula mangsa untuk diambil keterangan lanjut hari ini (Ahad).

Selain itu, polis juga akan mendapatkan surat perintah mahkamah sementara untuk menghalan Hafidz dari mendekati mangsa sepanjang siasatan dijalankan.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas