Connect with us

Oh! Media

Hafidz Roshdi Tumbuk Shuhada 3 Kali Di Muka Sampai Rabak, Dua Ahli Keluarga Jadi Saksi

hafidz roshdi

Oh! Artis

Hafidz Roshdi Tumbuk Shuhada 3 Kali Di Muka Sampai Rabak, Dua Ahli Keluarga Jadi Saksi

Hari ini kita dikejutkan dengan perkongian dari Nurul Shuhada Mat Shukri yang dipercayai telah dicederakan oleh suaminya di bahagian muka.

ADVERTISEMENT

BACA: Isteri Hafidz Roshdi Tunjuk Muka Rabak Didakwa Kena Tumbuk, Shuhada Bakal Cerita Apa Terjadi Nanti!

hafidz roshdi

Terkini, ahli keluarga mengesahkan Hafidz Roshdi telah menumbuk Shuhada di muka selepas berlaku pertengkaran awal pagi tadi.

Hafidz Roshdi tumbuk sebanyak 3 kali di muka…

Ya, betul Nurul Shuhada cedera selepas ditumbuk Hafidz dalam kejadian awal pagi tadi.

Mulanya berlaku pertengkaran dan kemudiannya, Hafidz menumbuk Nurul Shuhada sebanyak tiga kali pada bahagian muka.

Shuhada kemudian terus di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Dua orang ahli keluarga yang menjadi saksi kejadian pula buat laporan polis.

Muka Shuhada dijahit…

Selepas kejadian kami buat laporan polis dan bawa Nurul Shuhada ke hospital. Dia terpaksa menerima jahitan akibat luka pada muka.

Kami melakukan pemeriksaan CT Scan (imbasan tomografi berkomputer) bagi memastikan tiada sebarang kecederaan dalaman. Nurul Shuhada sudah dibenarkan pulang dan tidak ditahan wad.

Shuhada dalam keadaan stabil tapi masih terkejut…

Ahli keluarga turut memaklumkan Shuhada kini dalam keadaan stabil namun masih terkejut dengan apa yang berlaku.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas