Oh! Artis
Suami Arwah Akiko Dakwa RM70,000 Hilang Secara Misteri, Polis Kata Tak Ada Laporan
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan bahawa pihak polis belum menerima sebarang laporan mengenai dakwaan kehilangan wang RM70,000 seperti yang didakwa oleh suami arwah Akiko Okumura iaitu Ridzuan Ridzokumura.
Setakat ini pihak polis tidak ada terima apa-apa laporan daripada individu tersebut.- Katanya.
Ridzuan sebelum ini ketika siaran langsung TikTok, mendakwa bahawa wang yang disimpan di dalam sampul dan diletakkan dalam beg tangan arwah isterinya telah hilang secara misteri.

Menurutnya, duit itu adalah lebihan selepas mereka pulang bercuti dari Jepun pada Februari lalu.
Duit yang hilang bukanlah sedikit, saya anggarkan dalam RM60,000 sehingga RM70,000. Masa itu saya dalam keadaan kehilangan, baru nak periksa semula apa yang patut. Dua tiga hari lepas barulah saya perasan.- Katanya.
Untuk info, Akiko meninggal dunia bulan lalu selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya.
BACA: “Bukan Orang Luar, Tetapi Orang Sekeliling Saya” – Duit Arwah Isteri Ridzokumura Lesap RM70,000
#ApaKataOhmedia
Isu ini menimbulkan banyak persoalan, terutama kerana pihak polis mengesahkan tiada laporan dibuat. Jika benar wang tersebut hilang, Ridzuan seharusnya membuat laporan supaya siasatan dapat dijalankan.

Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM