Oh! Artis
Pevita Pearce Pilih Lelaki Malaysia Sebagai Suami, Peminat Indonesia Patah Hati Nasional
Berita pernikahan pelakon terkenal Indonesia, Pevita Pearce, dengan usahawan Malaysia, Mirzan Meer, ternyata mencuri tumpuan dan mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen Indonesia. Ramai yang mengaku patah hati mendengar perkhabaran ini, malah ada yang menggelarkan hari perkahwinan Pevita sebagai ‘Hari Patah Hati Nasional’!
Hari Patah Hati seluruh Indonesia, tapi tak mengapa semoga Pevita bahagia dengan pilihan hati.- Tulis seorang netizen.
Pevita Pearce selamat bernikah di Kuala Lumpur…
Pevita, 32, dan Mirzan, yang merupakan anak kepada Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Habib, selamat diijabkabulkan pada Ahad di Kuala Lumpur. Majlis akad nikah dan resepsi diadakan secara tertutup dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja, memastikan momen indah mereka kekal privasi.
Melalui hantaran di Instagram, Pevita berkongsi kegembiraannya dengan peminat dan pengikutnya.
Hari ini, dengan cinta yang damai, kehadiran orang yang tersayang. Kami disatukan.- Tulisnya.
Pelakon filem terkenal Tenggelamnya Kapal Van Der Wick itu turut memuat naik beberapa foto yang memperlihatkan keindahan momen-momen manis pada hari pernikahannya. Pasangan ini dilihat sama cantik dan sama padan menyarung busana pengantin serba putih, mencuri perhatian ramai.
#OhmediaNasihat
Kadang-kadang, berita perkahwinan artis kesayangan kita memang boleh membuatkan ramai patah hati, tapi inilah hakikat kehidupan. Setiap orang berhak untuk bahagia dengan pilihan hatinya.
Kita sebagai peminat harus menghargai keputusan mereka dan mendoakan kebahagiaan mereka. Yang penting, ingatlah bahawa cinta sejati akan hadir pada masanya buat korang juga!

Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM