Connect with us

Oh! Media

“Pesakit Bukan Penjenayah”- Syed Jumpa Keluarga Yasin Dan Minta Maaf Kerana Terlepas Pandang Mesej Lama?

Ohmedia yasin

Oh! Artis

“Pesakit Bukan Penjenayah”- Syed Jumpa Keluarga Yasin Dan Minta Maaf Kerana Terlepas Pandang Mesej Lama?

Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman kini dalam tahanan selepas didakwa atas dua pertuduhan menanam 17 pokok ganja dan mengedar dadah jenis sama.

Banyak isu yang timbul dalam kes ini, termasuklah apabila Yasin menyebut nama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman yang meminta pertolongan darinya. Nama Syed disebut Yasin adalah kerana YB dari Muar itu pernah lantang bersuara untuk memperjuangkan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan.

Terkini, Syed Saddiq telah berkongsi gambar dirinya berjumpa sendiri dengan keluarga Yasin untuk berbincang. Dalam perkongsian itu, Syed memaklumkan dirinya kesal kerana terlepas pandang mesej lama yang dihantar Yasin pada Oktober lepas di Facebook miliknya untuk meminta pertolongan.

IKLAN
Screen shot 2022 04 13 at 105606 pm

Pesakit bukan penjenayah!

Dalam perkongsian itu, Syed turut mengatakan ibunya merayu sama meminta dia membantu saudara Yasin.

Mama saya pun merayu, mohon bantu saudara Yasin. Saya ada jumpa mak ayah yang terpaksa beli CBD dari luar negara untuk anak-anak mereka. Doktor-doktor pun ada cuba bantu dapatkan CBD untuk pesakit.

Banyak lagi yang perlukan rawatan sama seperti Yasin

Screen shot 2022 04 13 at 105731 pm

Saudara Yasin yang kita kenal ini baru satu, tapi ada banyak lagi Yasin yang kita tak kenal mungkin dah dihukum dan tidak mendapat rawatan yang betul.

Syed melihat undang-undang pengharaman perubatan kanabis ini sudah lapuk dan tidak boleh dipakai lagi. Ini apabila pihak WHO sendiri turut telah mengeluarkan kanabis dari senarai narkotik.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas