Oh! Artis
Perut Buncit Disangka Hamil, Sharifah Sakinah Kata Sebab Makan Banyak Di Dubai
Pelakon sensasi Sharifah Sakinah menafikan dakwaan dia hamil apabila tular gambar menunjukkan perutnya sedikit buncit.
BACA: Muat Naik Gambar Hanya Balut Buah Dada, Sharifah Sakinah Dikecam Teruk Oleh Netizen
Menerusi foto viral tersebut, pelakon berusia 33 tahun ini dilihat mengenakan sepasang gaun berwarna hijau yang ketat sehingga menonjolkan bahagian itu.
Difahamkan, spekulasi mula timbul apabila dia dan suami Michael Hansen berseloroh mengenai keadaan perutnya yang agak buncit.
Oh my God perut saya, oh my God perut saya. – Sharifah Sakinah
Ya, itulah yang berlaku kalau awak mengandung. – Michael
Sharifah Sakinah kemudian memberi respon terkejut sebelum suaminya membalas menyatakan bahawa isterinya masih belum tahu mengenai perkara tersebut (She doesn’t know (that she’s pregnant) yet).

Sakinah bagaimanapun menafikan dakwaan dan menjelaskan dia dan suami hanyalah bergurau. Katanya perutnya buncit kerana kuat makan ketika bercuti di Dubai.
Pasangan ini dilaporkan kini berada di Dubai sedang menikmati percutian bersama. Berdasarkan video yang dimuat naik, pasangan ini nampaknya berada di salah satu restoran mewah di sana.
Kredit: Instagram Sharifah Sakinah
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM