Connect with us

Oh! Media

“Pernah Fikir Dalam Otak Tak” – Mila Jirin Bengang Dimalukan Petugas MBSJ

Oh! Artis

“Pernah Fikir Dalam Otak Tak” – Mila Jirin Bengang Dimalukan Petugas MBSJ

Terdahulu, penyanyi tanah air, Mila Jirin pernah meluahkan kekesalannya dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang masih tidak memberikan kelonggaran untuk orang awam mengadakan aktiviti sosial.

ADVERTISEMENT

BACA: Mila Jirin Luahkan Rasa Tidak Puas Hati Dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin

Menurut sumber, Khairy menyatakan bahawa dirinya ingin melihat kesan pembukaan semula sempadan negeri dan jika ia dilihat berjalan lancar, barulah majlis sosial dipertimbangkan.

Namun, perkara itu dipersoalkan oleh pelakon itu dan mendakwa kerajaan tidak mengambil peduli akan nasib yang menimpa para usahawan di musim pandemik ini.

Mila Jirin bengang dimalukan pegawai MBSJ

Belum reda kisah rayuannya kepada Khairy, muncul pula isu baharu apabila Mila menzahirkan rasa tidak puas hati dengan sikap seorang individu dipercayai kakitangan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Menerusi gambar tangkap layar yang dikongsikannya di laman Instagram, individu tersebut dilihat meminta pelakon berusia 33 tahun itu membayar dahulu kos lesen premis perniagaannya.

Mohon lesen dulu untuk tempat awak itu. Sejak sebelum Perintah Kawalan Pergerakan sudah diberikan notis, saman sikit pun awak tak layan. Buat yang wajib dahulu, senang kerja awak nanti.

Bengang dengan kenyataan individu itu, Mila tampil mempersoalkan berapa kali dia harus membayar kos lesen memandangkan perniagaannya tidak beroperasi selama dua tahun.

Dalam tempoh setahun berapa kali saya perlu bayar kos lesen? Awak bekerja di PBT sepatutnya bertanya khabar usahawan yang sudah lebih setahun tidak berniaga, bukannya suruh terus bayar.

Kos lesen setahun hampir RM10,000 dan premis diarahkan tutup!

Selain itu, dia juga turut memaklumkan bahawa dirinya sudah membayar kos lesen yang sepatutnya yang akan tamat pada tempoh Mac 2022.

Kesal individu berkenaan tak memahami kesusahan peniaga

Selain itu, Mila juga menyifatkan tindakan individu tersebut seakan-akan tidak memahami kesusahan dirinya sebagai seorang usahawan yang terjejas.

Pernah fikir dalam otak tak, kesukaran hendak bayar dengan premis yang tutup tidak boleh berniaga. Awak mungkin tak rasa sebab setiap bulan bergaji.

Tegasnya lagi, dia dilihat tidak mahu berdiam diri apabila ingin membawa perkara tersebut kepada pihak MBSJ kerana menganggap dirinya dimalukan oleh individu tersebut.

Saya akan bawa isu ni ke MBSJ kerana perkara tersebut tidak patut ditulis oleh warga kerja MBSJ kepada peniaga yang bayar lesen perniagaan.

Menurutnya, dia telah pun menghantar pesanan mesej menerusi Direct Message (DM) di laman Instagramnya untuk mendapatkan maklumat Individu tersebut bagi membantu proses aduan.

Kredit: Instagram Mila Jirin I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas