Connect with us

Oh! Media

Mila Jirin Luahkan Rasa Tidak Puas Hati Dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin

mila jirin

Oh! Artis

Mila Jirin Luahkan Rasa Tidak Puas Hati Dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin

Nampaknya masih ramai peniaga yang tidak dapat beroperasi sepenuhya ekoran masih tidak diberikan kebenaran dari pihak kerajaan. Antara perniagaan yang dimaksudkan adalah mereka yang berada dalam industri perkahwinan.

ADVERTISEMENT

Kekesalan ini diluahkan oleh penyanyi Mila Jirin yang turut melakukan perniagaan dalam industri itu. Mila dilihat kesal dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang masih berat untuk memberikan kebenaran untuk orang awam mengadakan majlis sosial.

Khairy memaklumkan majlis sosial akan menjadi sektor terakhir untuk dibenarkan beroperasi, ini kerana SOP yang dibentangkan masih tidak cukup menyakinkan. Khairy turut menyatakan, dia ingin melihat kesan pembukaan semula sempadan negeri dan jika ianya berjalan lancar barulah majlis sosial dipertimbangkan.

Di restoran adakah semua orang sekarang makan sambil guna facemask?

Mila kemudian meluahkan apa yang dirasai usahawa pada waktu ini yang tertekan setelah lebih 1 taun tidak dapat betul-betul beroperasi. Dia juga meminta Khairy Jamaluddin untuk menerangkan perbezaan makan beramai-ramai di restoran dengan makan di majlis perkahwinan.

Adakah kebenaran kemasukan orang dari India, Sri Lanka, Pakistan, Bangladesh dan Nepal lagi Selamat? Kami usahawan dalam sektor sosial kecil sederhana dah setahun lebih mati. Tak ada 1 kementerian pun ambil peduli industri kami. – Luah Mila.

Tidak cukup dengan itu Mila turut memberikan banyangan kepada YB Menteri yang lebih banyak peniaga akan gulung tikar setelah KJ mengeluarkan kenyataan seperti itu. Ini kerana ianya seperti tiada harapan untuk mereka kembali beroperasi seperti biasa dalam masa terdekat.

Melihat reaksi netizen, rata-rata meminta Mila untuk tidak mengikut perasaan dan bersabar. Kerajaan pada waktu ini sedang cuba membuka satu persatu perniagaan dan ianya perlu dilakukan berhati-hati kerana kita tidak mahu terkurung sekali lagi. #kitajagakita

Banyak beza, dekat restoran makan sahaja, kalau kenduri jumpa saudara-mara bersalam dan berpeluk.

Ada pro and con, ramai pengusaha catering sangat terkesan

Kredit: Instagram Mila Jirin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas